(SEMASA) Kolaborasi Shah’s Village Hotel Bersama Syria Care

Spread the love

Petaling Jaya, 1 May 2019 – Shah’s Village Hotel memang terkenal dengan sajian masakan Melayu Tradisional. Setiap tahun sudah, menjadi kemestian pihak kami mengekalkan konsep masakan melayu yang menjadi pilihan ramai. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Shah’s Village Hotel juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkannya promosi Ramadhan dengan mengekalkan buffet Ramadhan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan pelbagai menu hidangan dari pelbagai masakan. 

Shah’s Village Hotel menawarkan menu makanan tempatan seperti Nasi Briani, Nasi Bukhra, Nasi Mandi, Laksa, Mee Kari, Mee Gorang dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih-muih tempatan. Setiap menu ini disediakan oleh Chef-Chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana kesemua adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Shah’s Village Hotel.

Menariknya Pakej Bufet Ramadhan ini adalah ianya sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM60.00 untuk dewasa, RM45 untuk warga emas dan RM40 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran.

Untuk julung kalinya, pihak Shah’s Village Hotel akan berkerjasama dengan pihak Syria Care Bagi memeriahkan lagi kempen Ramadhan ini dan projek kemanusiaan sepanjang bulan Ramadhan. Di mana kampen ini, dengan setiap RM 3.00 dari pembelian pakej Ramadhan akan di sumbangkan untuk tajaan iftar pelarian Syria di Syria dan Lubnan.

Shah’s Village Hotel juga menjemput para syarikat atau badan-badan Korporat, syarikat persendirian dan individu yang ingin bekerjasama dengan pihak Shah’s Village Hotel untuk menganjurkan sebarang bentuk majlis tanggungjawab social korporat di Shah’s Village Hotel contoh seperti majlis berbuka puasa dengan anak yatim dan sebagainya sepanjang Ramadhan ini.

Untuk sebaran tempahan sila hubungi-:

Pn. Azza 017-2037559

Pn. Natalia 017-2020950

Pn. Zaila 012-6745612

Shah’s Village Hotel

H.M SHAH ENTERPRISE SDN BHD

Petaling Jaya 3 & 5 Lorong Sultan 46200 Petaling Jaya Selangor

Tel: 03-79569322 Fax: 603-7955 1782


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *