(SEMASA) PELANCARAN JENAMA & MODEL TERKINI KOVE 2025

Spread the love

RAWANG, 7 Oktober 2025 (Selasa) — KOVE Moto, jenama motosikal yang semakin mencipta nama di peringkat global telah secara rasmi melancarkan jenama dan model terbaharunya di Malaysia menerusi majlis pelancaran yang berlangsung di KEV ADVENDURO, Rawang. Dua model baharu diperkenalkan pada hari ini ialah KOVE 800X GT untuk segmen kembara dan KOVE 450R untuk segmen jalanan “streetfighter”, di samping model 450 Rally yang telah diperkenalkan sebelum ini.

MDua Motor Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI), telah dilantik sebagai Pengedar Tunggal dan Eksklusif KOVE di Malaysia. Walaupun kebanyakan model KOVE kini ditawarkan sebagai unit CBU (Completely Built-Up), kerjasama strategik ini memastikan model-model KOVE pada masa hadapan bukan sahaja diimport tetapi turut disokong sepenuhnya dengan pemasangan tempatan (CKD), bekalan alat ganti yang mudah diperoleh, perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh, serta jaminan kualiti mengikut piawaian global KOVE.

Ditubuhkan pada tahun 2017 oleh seorang pelumba di China, KOVE Moto diaspirasikan dari minat beliau di dalam perlumbaan motosikal dan seterusnya membina reputasi antarabangsa melalui penghasilan motosikal berprestasi tinggi dengan kejuruteraan tersendiri yang mantap. Rangkuman hasil R&D, reka bentuk dan pembuatan secara Pembangunan teknologi secara tersendiri sepenuhnya dengan kekal berpegang pada falsafah “FOCUS ON PERFORMANCE”, motosikal KOVE kini direka lengkap dengan spesifikasi yang ringan, kukuh, dan berkeupayaan untuk terus ke arena perlumbaan.

Tumpuan utama pelancaran hari ini adalah dua jentera yang mencerminkan falsafah prestasi KOVE tersebut:

  • KOVE 800X GT — Motosikal kembara dan jelajah berprestasi tinggi ini dikuasakan oleh enjin 799cc parallel-twin yang menghasilkan 97Hp dan 80Nm tork. Ia turut dilengkapi dengan sistem tunggangan pelbagai mod, kawalan pendikit elektronik, suspensi KYB, serta berat penuh sekitar 195 kg. Sekaligus, 800X GT menawarkan gabungan sempurna antara keupayaan lasak berteraskan perlumbaan dan keselesaan praktikal untuk tunggangan jarak jauh serta pengembaraan.
  • KOVE 450R — Model ini mewakili identiti tulen sebuah motosikal “naked streetfighter” yang direka untuk pencinta tunggangan ekstrim berkelajuan tinggi. Ia dilengkapi dengan enjin bersesaran 443cc empat silinder linear sebaris dan mampu menjana kuasa di sekitar 65.3Hp dan 40Nm tork. Berinspirasikan dari perlumbaan, rangka ringan seberat hanya 164 kg yang direka mampu memberi impak positif untuk mencapai kelajuan sehingga 205 km/j. Model 450R menggabungkan kuasa agresif dan kawalan lincah sekaligus menetapkansebuah penanda aras baharu dalam segmennya.

KOVE 800X GT ditawarkan pada harga MRSP RM48,888.00, manakala KOVE 450R ditawarkan pada harga MRSP RM33,888.00. Lebih menarik, 20 pembeli terawal model 800X GT akan menerima set kotak pannier eksklusif secara percuma bersama pembelian mereka. Semua model KOVE termasuk 450 Rally kini mula dipamerkan di AMI Bumirai Showroom, PJ222 Petaling Jaya. Harga yang dinyatakan tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

 

KOVE MALAYSIA – BARISAN MODEL

MODEL ENJIN KUASA / TORK BERAT TINGGI

TEMPAK

DUDUK

JARAK LEGA

PERMUKAAN

CIRI-CIRI UTAMA MRSP

(SEME

NANJU

NG)

KOVE

450R

(BARU)

4-Silinder

Linear

Sebaris, DOHC, 443 cc, Sejukan cecair.

65.3 hp @

12,000

RPM / 40

Nm @

9,000 RPM

164 kg 800 mm 130 mm •  Motosikal sukan jalanan jenis ‘naked

•  Cakera brek berkembar hadapan (ABS DwiSaluran)

•  Mod kawalan lonjakan

(Launch Control Mode)

•  Klac ‘Slipper

•  2 mod tunggangan (Sport

& Comfort)

•  Kawalan ringan  dan lincah

KOVE

800X GT

(BARU)

Silinder

Kembar,

DOHC, Rod

Engkol 75°,

799 cc,

Sejukan Cecair.

97 hp @

9,000 RPM

/ 80 Nm @

7,500 RPM

195 kg 826 mm 230 mm •  Penjelajahan dan pengembaraan.

•  4 mod tunggangan (Sport, Comfort, Rain, Off-Road)

•  Cakera brek berkembar hadapan.

•  Sistem Quick Shift

•  Pendikit Elektronik

•  Penyerap hentakan hadapan & belakang KYB.

•  Sesuai untuk jarak perjalanan jauh

•  Kapasiti tangka bahan api 22 Liter.

•  Peredam & penstabil kawalan arah hidraulik

•  Pemanas pada trotel pendikit dan tempat duduk.

KOVE

450

Rally

Silinder

Tunggal, DOHC, 449 cc, Sejukan Cecair.

51.7 hp @

9,500 RPM

/ 40 Nm @

7,000 RPM

145 kg 910 mm 310 mm •   Suspensi hadapan jarak perjalanan panjang yang terbukti dalam perlumbaan Dakar

•   Direka untuk ketahan rali.

•   Kapasiti tangki bahan api 30 Liter


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *