(SEMASA) PELANCARAN PRODUK SKINCARE AK7 ARROGANT SERIES

IMG_5037

Majlis pelancaran produk skincare AK7 Arrogant Series telah diadakan pada 19 Januari 2014 bertempat di Hotel Dynasty Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuan untuk melancarkan produk sulung pelakon Azlee Khairi iaitu Mr Arrogant Series dan Lady Arrogant Series.

IMG_5030

Di dalam set Mr Arrogant Series yang bernilai RM189, terdapat Arrogant Soap, Arrogant Day Cream Moisturiser SPF 25, Arrogant Night Cream dan Arrogant Apple Stem Cell Serum manakala set produk Lady Arrogant Series yang juga bernilai RM189 terdapat Arrogant Soap, Arrogant Day Cream Foundation SPF 25, Arrogant Night Cream dan Arrogant Apple Stem Cell Serum.

Produk skincare AK7 Arrogant series ini mempunyai  19 produk yang akan dilancarkan mengikut jadual yang telah disusun. Setelah selesai mengeluarkan kesemua 19 produk skincare ini, Azlee Khairi akan mengeluarkan produk minuman sampingan seperti collegen, slimming dan sebagainya. Kesemua produk tersebut masih lagi dalam proses R&D, dan bakal diuji sendiri oleh Azlee Khairi sendiri untuk mendapatkan formula yang terbaik bagi menembusi pasaran masa kini.

Kesemua produk skincare AK7 Arrogant Series dikilangkan oleh pengilang bumiputera bertaraf GMP dan produk ini berdaftar dengan Biro Pengawalan PHARMASEUTIKAL Kebangsaan Malaysia (BPFK)

Untuk pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi : 03 61519910

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *