(SEMASA) PELANCARAN PROGRAM BARU TV3 ‘APA KHABAR ORANG KAMPUNG’

Spread the love

Susulan daripada program Kampung Kita, sekali lagi TV3 bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi program travelogue ‘Apa Khabar Orang Kampung’. Program yang dihoskan oleh Azwaliza Azman akan menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan. Majlis pelancaran program ‘Apa Khabar Orang Kampung’ telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal. Program 30 minit ini akan bersiaran selama 13 episod ini bermula 21 Disember 2012, setiap Jumaat jam 6 petang di TV3.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *