(SEMASA) Pembukaan Rasmi ZÉLL-V Wellness Hub

Spread the love

img_6480Kuala Lumpur, September 6: ZÉLL-V Wellness Hub telah dibuka secara rasmi dan menjadi tanda mercu yang terbaru di Kuala Lumpur.  

ZÉLL-V Wellness Hub yang terletak di Taman Seputeh di antara Mid Valley dan KL Sentral, merupakan satu lagi tanda pencapaian bagi Ruyi Holdings, syarikat terkemuka di dalam sektor penjagaan kesihatan, selaras denganmisinyauntuk membantu pelanggan-pelanggannyamencapai kesihatan dan kesejahteraan yang unggul dari segi fizikaldan mental.

Dengan slogan “Mencipta Kesihatan Yang Unggul”, ZÉLL-V Wellness Hub bertujuan untuk mewujudkan budaya kesihatan dalam masyarakat .

Pengasas dan pengarah urusan Ruyi Holdings Dato ‘Sharon Foong yang berucap pada majlis tersebut berkata: “Pembukaan rasmi hari ini menandakan satu lagi pencapaian bagi ZÉLL-V. Di ZÉLL-V, tanggungjawab korporat kami adalah untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif kepada pelanggan dan rakyat. Pelbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan bahawa kesihatan yang optimum tidak boleh dicapai melalui satu produk atau satu teknologi perubatan sahaja. Ini adalah sebab kami menubuhkan ZÉLL-V Wellness Hub, di mana kami telah menyatukan pelbagai sumber untuk menyediakan penjagaan yang holistik yang boleh membantu anda mencapai keseimbangan dari segi badan, minda dan jiwa.

“Buat masa kini, ZÉLL-V Wellness Hub adalah pusat penjagaan kesihatan sehenti yang paling lengkap. Misi kami bukan sahaja untuk menyediakan perkhidmatan kepada penduduk di Lembah Klang, tetapi untuk menyebarkan budaya sihat ZÉLL-V ke seluruh negera dan juga dunia. Kami ingin menjemput perusahaan tempatan dan luar negara untuk bekerjasama dengan kami bagi mengembangkan industri pelancongan perubatan di negara ini.”

Majlis perasmian tersebut dihadiri oleh beratus-ratus hadirin, termasuk tetamu khas Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudaya Malaysia YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin yang mewakili Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) Dato’ Garry Chua, duta ZÉLL-V Dato’ Elaine Kang, serta rakan-rakan kongsi, doktor dan pelanggan-pelanggan ZÉLL-V dari pelbagai negara.

Bangunan ZÉLL-V Wellness Hub mempunyai 15 tingkat. Perkhidmatan-perkhidmatan komprehensif yang disediakan di ZÉLL-V Wellness Hub termasuk permeriksaan badan, rawatan detox, terapi sel, penjagaan kulit dan payudara, klinik penjagaan kesihatan berteknologi tinggi V Wellness, Sompoton Spa, meditasi retreat The Om Stay, pusat penjagaan rambut dan kulit kepala Hairworx, pusat penjagaan lepas bersalin Kimporo, pusat latihan bakat Olmeca, taman asuhan kanak-kanak Baby Atelier, restoran ‘fine dining’ Ketuhar dan sebagainya….

Selain itu, ZÉLL-V Wellness Hub akan berfungsi sebagai ibu pejabat baru Ruyi Holdings. Ia dilengkapi dengan bilik-bilik mesyuarat dan dewan pameran produk yang moden serta stylish supaya para pelawat dapat melihat dan mengetahui mengenai produk-produk ZÉLL-V dengan lebih mendalam lagi.

Kami percaya bahawa penubuhan ZÉLL-V Wellness Hub akan meningkatkan industri penjagaan kesihatan dan industri pelancongan di negara kita dan menggalakkan orang ramai untuk menghargai kesihatan mereka serta mengambil langkah untuk mencapai kesihatan, kecergasan dan kecantikan yang lebih baik serta kehidupan yang berkualiti.

Untuk maklumat lanjut mengenai ZÉLL-V Wellness Hub dan Ruyi Holdings Sdn Bhd, sila layari www.zell-v.com.my, atau hubungi 03-2273 6699.

img_6545Perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di ZÉLL-V Wellness Hub

Tingkat 12: Sky Loft dan Rooftop Bar

Tingkat 11: Pusat perkhidmatan pelanggan antarabangsa dan HQ ZÉLL-V. Produk-produk ZÉLL-V yang unggul termasuk: Terapi Sel ZÉLL-V, Rawatan Payudara Be+, Minyak Be Jojoba, Supplemen Kesihatan Lelaki, minyak bati Essentialle, Produk Pengurusan Berat Badan Carblo dan lain-lain.

Tingkat 10: The Om Stay – Penginapan yang berunsur meditasi. Membantu pelanggan mencapai rehat yang optimum dari segi fizikal dan minda melalui meditasi Mandala.

Tingkat 9: V Wellness –Klinik kesihatan yang komprehensif dan berteknologi tinggi, yang bertujuan membolehkan orang ramai menikmati kesihatan dan kecergasaan yang berpanjangan. Di sini, pendekatan yang holistik digunnakan untuk membantu anda dan orang tersayang mencapai kesihatan dan kesejahteraan yang optimum melalui 4 langkah – Pemeriksaan, Detoksifikasi, Pembaikan dan Pemulihan.

                   Sompoton Spa – Pusat urut dan Spa mewah yang menggunakan bahan-bahan semulajadi dan kaya dengan antioksidan dan kelembapan, serta teknik dan rawatan yang unik untuk melegakan keletihan anda dan mencapai keseimbangan badan dan mental.

Tingkat 8: Gym (Akan Datang)

Tingkat 6 & 7: Kimporo – Pusat Pengajaan Lepas Bersalin Ibu dan Bayi

Kimporo, yang membawa maksud “Yang Paling Bernilai” dalam Bahasa Cina, merujuk kepada bayi yang baru dan juga ibu yang baru. Di Kimporo, kami memahami kepentingan untuk membantu ibu baru menyesuaikan diri sebagai seorang ibu, dan menyokong beliau menyusu bayi dengan berjaya. Kami menyediakan penjagaan khusus, dan mempunyai pakar penyusuan, serta bidan dan jururawat yang terlatih untuk membantu para ibu mendapat rehat yang cukup, ketenangan minda, kesegaran tubuh badan dan pemulihan kesihatan yang sempurna  serta kembali ke bentuk badan yang langsing.  

Tingkat 5: Hairworx Wellness – Pusat penjagaan rambut dan kulit kepala yang membantu anda mencapai kulit kepala yang sihat dan rambut yang berseri.

                   Olmeca Talent House – Olmeca adalah sejenis buluh. Buluh bersifat elegan lagi kukuh. Ia tidak mudah patah walaupun dibengkokkan. Seseorang yang ingin mencapai kejayaan perlu mempunyai sifat seperti buluh. Di sebalik persembahan yang hebat adalah dedikasi dan kerja keras yang bertahun-tahun. Di Olmeca Talent House, kami membantu anda membina asas yang kukuh untuk mencapai kejayaan yang anda ingini.

Tingkat 4: Dewan serbaguna

Tingkat 3: Bilik mesyuarat dan pejabat

Tingkat 2: Baby Atelier – Pusat perkembangan mental dan pendidikan kanak-kanank yang mempunyai tujuan untuk membentuk kanak-kanak yang sihat, bahagia, berdikari dan bermoral bersama-sama ibubapa melalui program holistik yang direka khas untuk setiap individu.

Tingkat 1: Ketuhar – Restoran ‘Fine Dining’ yang menawarkan makanan asli Malaysia yang disediakan oleh chef yang telah memenangi anugerah.

Sayang Rasa Café – Tempat di mana anda boleh menikmati makanan and minuman tempatan yang lazat.

Tingkat Bawah: VV Mart – Kedai cenderamata yang menawarkan barang buatan Malaysia yang ideal     untuk dijadikan hadiah kepada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan.

                            Dewan aktiviti

Basement 1: Perkhidmatan mencuci kereta

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *