(SEMASA) PENGALAMAN BARU DI ‘SINGGAH PENGERANG’

Spread the love

Bersempena dengan kempen kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 ini, pihak Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menganjurkan satu program ‘Parti Bola Kaw’ iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Café yang terletak di dalam hotel Singgah Pengerang.

KOPETRO telah menjemput seramai lebih 40 orang pengunjung termasuk para para media, blogger dan pempengaruh media sosial (Influencer) termasuk penghuni Hotel di Singgah Pengerang serta para jemputan yang berada di sekitar Pengerang untuk hadir memeriahkan program tersebut bagi menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan mereka.

SINGGAH PENGERANG merupakan sebuah jenama perkhidmatan perhotelan tempatan milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad iaitu KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd. yang menawarkan pakej bilik hotel di kawasan Pengerang dan juga Kertih, Terengganu.

SINGGAH PENGERANG menawarkan kemudahan tempat penginapan, sebuah mini café restoran, kaunter penerimaan tetamu yang dibuka 24 jam, perkhidmatan bilik, dan WiFi percuma. Hotel ini menawarkan bilik-bilik keluarga serta berorietasikan mesra OKU (orang kelainan upaya) serta lounge berkongsi dan taman. Semua bilik di hotel ini dilengkapi dengan meja, TV skrin rata, bilik mandi peribadi, linen katil dan tuala. Semua bilik tamu juga turut dilengkapi dengan bar mini.

Seperti mana semua maklum, Pengerang adalah satu pekan kecil di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Lokasi Pengerang juga berdekatan dengan Tanjung Kapal, Sungai Rengit, Teluk Ramunia di Johor. Pengerang juga berhampiran dengan Sungai Lebam, Sungai Johor dan Pulau Tekong. Ia menjadi pos imigresen di Pantai Timur Johor. Ia mempunyai beberapa buah rumah dan satu jalan yang menghala ke Sungai Rengit, bandar yang lebih besar untuk penginapan dan kemudahan makanan. Mukabumi yang rendah dan berpaya menyebabkan kawasan ini agak ketinggalan berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Johor.

Walau bagaimanapun, Pengerang telah mula rancak membangun kerana ia menjadi sebuah kawasan yang mempunyai kelebihan tersendiri iaitu terletak di laluan kapal-kapal, terlindung daripada ancaman dan berada di hadapan hab gas dan minyak di Singapura.

Kekayaan hasil minyak dan gas serta kekayaan alam dihadapan perairan lautnya membolehkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID Pengerang) yang dibangunkan oleh Petronas di Pengerang dilaksanakan. Projek ini adalah projek terbesar selepas pembangunan Iskandar Malaysia di Nusajaya dan membabitkan sejumlah RM 60 billion telah dilaburkan untuk membangunkan projek tersebut.

Berdasarkan perkembangan tersebut, KOPETRO melalui KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd. telah membuat pelaburan dengan mewujudkan rangkaian hotel SINGGAH PENGERANG bagi memenuhi keperluan penginapan pekerja-pekerja RAPID Pengerang dan para pelancong ke destinasi percutian ideal kerana dikelilingi pantai, hotel dan tempat menarik sekitarnya. Jika berkunjung ke sini atas urusan kerja atau percutian hujung minggu, SINGGAH PENGERANG wajib berada dalam senarai hotel pilihan. Kawasan ini terkenal dengan aktiviti berbasikal dan memancing dan khidmat sewa kereta disediakan di penginapan ini.

SINGGAH CAFE pula menyediakan pilihan makanan tempatan dan barat antaranya nasi goring kampong, mee goreng mamak, bubur ayam, pasta ayam dan banyak lagi.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengangkutan untuk ke Pengerang, pihak KOPETRO melalui KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd. juga menawarkan perkhidmatan tersebut untuk ke mana-mana destinasi pelancongan termasuk Pengerang.

SINGGAH PENGERANG menawarkan bilik sekitar RM150 sehingga RM190 semalaman bagi bilik-bilik keluarga serta berorietasikan mesra OKU (orang kelainan upaya).

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web www.singgah.com.my dan ketahui tawaran terbaharu di Facebook Singgah Pengerang, Instagram @singgahpengerang atau emel  rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my atau segala pertanyaan boleh hubungi 07-824 6011.

Alamat :

SINGGAH PENGERANG

No. 21, Jalan Kelicap 3,

Bukit Pelali,

81600 Pengerang, Johor


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *