(SEMASA) PENGALAMAN EKSTREM DENGAN BURGER KFC DOUBLE DOWN MAXX DRIFT CHALLENGE

Spread the love

Pic1

Siapa sangka dengan hanya menangkap gambar “selfie” dengan burger KFC Double Down Maxx, seramai 40 pemenang bertuah berpeluang menaiki kereta lumba drift yang dipandu oleh pemandu drift nombor satu Malaysia? KFC memberi peluang kepada para pelanggannya yang bertuah untuk merasa keseronokannya melalui peraduan KFC Double Down Maxx Drift Challenge.

40 pemenang bertuah hanya perlu mengambil gambar “selfie” bersama dengan burger KFC Double Down Maxx sekreatif yang mungkin, dan mengepos gambar itu di akaun Facebook KFC atau Instagram dengan hashtag #DoubleDownMaxx. 40 penyertaan terhebat kemudian berpeluang untuk menyertai Double Down Maxx Drift Challenge bersama Tengku Djan Ley, pemandu drift nombor satu di Malaysia.

Pic3

Cabaran Double Down Maxx Drift Challenge yang pertama telah diadakan pada 20 Disember dan akan diteruskan lagi pada 27 Disember, yang melibatkan 20 finalis bagi setiap tarikh yang dipilih melalui Peraduan Selfie Double Down Maxx Drift.

Untuk cabaran ini, setiap finalis perlu memegang seberapa banyak burger KFC Double Down Maxx sambil duduk di dalam kereta drift yang dipandu oleh pemandu drift professional, Tengku Djan. Tiga pemenang yang berjaya memegang paling banyak burger berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti iPad Air 2, kamera GoPro Hero 4 dan jam tangan Suunto.

Pemenang hadiah pertama yang berjaya memegang 30 kotak burger sepanjang kereta drift bergerak, Majid S., berkata beliau gembira kerana diberi peluang untuk menaiki kereta drift yang dipandu Tengku Djan. “Ini merupakan satu pengalaman menyeronokkan yang mungkin tidak dapat saya lupakan. Tambahan pula memenangi iPad Air 2 sememangnya membuatkan saya teruja!,” katanya.

Acara ini berlangsung di Selangor Turf Club di Seri Kembangan, Selangor Speed City KL. Memeriahkan lagi acara adalah penampilan istimewa selebriti Sazzy Falak yang telah dibawa masuk ke dalam gelanggang dengan penuh gaya, di dalam kereta drift yang dipandu oleh Tengku Djan Ley. Sazzy juga turut menjadi pengacara jemputan dan telah menghiburkan peserta-peserta serta orang ramai yang hadir dia acara itu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *