(SEMASA) PERADUAN “BOOST OF A LIFETIME” DENGAN EXTRA POWER ROOT – Extra Power Root melancarkan peraduan dengan hadiah-hadiah Percutian VIP untuk menyaksikan perlawanan MMA di Bangkok

extra-power-root-contest-bm

Kuala Lumpur – Peraduan Extra Power Root “Boost of a Lifetime” kini memberi peluang kepada 60 pemenang bertuah untuk memenangi percutian VIP ke Bangkok untuk menonton perlawanan sukan MMA (seni bela diri campuran) ONE Championship yang akan berlangsung pada 17hb Disember 2016 ini. Minuman bertenaga Extra Power Root juga adalah penaja minuman bertenaga yang rasmi untuk semua perlawanan ONE Championship di Malaysia.

pw-product888Peraduan “Boost of a Lifetime” Percutian VIP ke Bangkok

Peraduan ini sedang berlangsung dan akan berakhir pada 13hb November 2016. Minuman Bertenaga Extra Power Root akan menghantar 60 pemenang bertuah untuk menikmati pakej percutian dibiayai sepenuhnya selama 2 hari 1 malam yang terdiri daripada:

  • 2 tiket penerbangan (pergi-balik) ke Bangkok
  • Penginapan, pengangkutan, makan dan minum
  • Tiket VIP ke perlawanan ONE Championship
  • Cenderamata Eksklusif dari ONE Championship
  • Lawatan Eksklusif ke belakang tabir pada hari perlawanan ONE Championship di Bangkok untuk menyaksikan persediaan atlet-atlet ONE Championship sebelum perlawanan mereka, merasai sendiri suasana bilik-bilik persediaan peserta dan melihat para peserta berjalan dari bilik persediaan ke pentas ONE Championship dalam pengalaman yang tidak dapat dibeli ini!

Cara menyertai peraduan ini: –

  • Beli mana-mana 1 tin Extra Power Root (Madu/ Madu Berkarbonat/ Ginseng/ Kurma Madu) atau Per’l Kurma
  • Jawab: Adakah Extra Power Root mengandungi Tongkat Ali? Ya/ Tidak
  • Tangkap gambar resit anda dan Whatsapp Nama, No.IC, No.Resit dan Jawapan ke

 +6018-3987840

  • Contoh : Ali bin Hasan_880829-04-xxxx_Ya

Pembelian 1 tin untuk satu penyertaan adalah diwajibkan.

Minuman Bertenaga Extra Power Root Memberi Sokongan untuk Sukan dan Atlet-Atlet Tanahair

Minuman Bertenaga Extra Power Root telah memberi sokongan kearah sukan tanahair baru-baru ini, salah satunya adalah dengan penajaan Pasukan Bola Sepak PKNS dan atlet sukan seperti Peter Davis iaitu seorang atlet MMA, pelakon, model dan juga pengacara TV. Extra Power Root juga memahami kepentingan untuk membangun para atlet bermula dari penceburan terawal mereka. Oleh itu, Extra Power Root telah menjadi penaja minuman rasmi untuk kejohanan ONE Championship dan juga Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA-4). Ini adalah tahun ke-2 Extra Power Root menjadi penaja minuman rasmi untuk kedua-dua perlawanan MMA ini. Extra Power Root akan terus mencari dan menyokong  bakat baru untuk tahun-tahun yang akan datang.

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman Facebook Extra Power Root di www.facebook.com/powerroot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *