(SEMASA) Perasmian Port Seni Port Makan

Spread the love

Cawangan Kacang Pool Haji di Ara Damansara merupakan outlet pertama di Kuala Lumpur. Sebelum ini kesemua 6 outlet berada di Johor Bahru. Ini merupakan ikatan kerjasama dan usahasama yang pertama di antara Haji Pool, Fauziah Latiff dan Emma.

Sebenarnya cawangan ini telah dibuka sejak  7 November yang  lalu dan namun pada hari ini merupakan majlis perasmiannya. Habib Bakar dari Masjid Wadihana turut hadir dan membuat bacaan doa selamat bersama rakan-rakan media.

Ini merupakan satu initiatif gabungan di bawah satu bumbung bermula dari Port Seni oleh Fauziah Latiff dimana pembinaan studio telah di selengarakan sebelum PKP. Selepas PKP tercetus idea dari pihak team selain fauziah latiff & Emma untuk mengabungkan produk F&B yang sangat popular di Johor ini untuk dibawa ke KL. Lantas ia di bawah satu bumbung dan di beri nama Port Seni Port Makan.Matlamat utama adalah untuk membawa makanan dan jenama kacang pool haji ini ke luar negeri Johor serta dapat duduk sebumbung bersama Port Seni by Fauziah Latiff.

Selain dari dapat menikmati hidangan di Port Makan by Kacang Pool Haji para pelanggan,selebriti serta ahli muzik boleh juga menyewa studio rakaman yang dikelolakan oleh Fauziah Latiff. Zell Sazalie dari Impact Music Entertaiment pula dilantik sebagai pengarah pemasaran menjelaskan bahawa Port Seni Port Makan ini merupakan satu One Stop Port selain kedai makan atau studio rakaman sahaja. Di sini juga boleh diadakan latihan muzik dan teater serta ruang acara untuk program-program seperti bengkel sidang media dan sebagainya. Port Seni ini juga bakal laksanakan satu Podcast yang akan diberi nama ‘SupPort’.

Kadar harga makanan di Port Makan agak sederhana seperti sarapan pagi nasi lemak bungkus RM3, kacang pool RM9, kacang pool kambing RM11. Terdapat juga hidangan lain seperti lontong kuah, lontong kering, lontong goreng, mee rebus.  Port Makan by Kacang Hj Pool boleh di kujungi di No. J-G-13, Block J, Jalan Pju 1A/A, Ara Damansara, Selangor, 47301 Petaling Jaya, Damansara,Selangor dan dibuka dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *