(SEMASA) PERFECTÒ – kesempurnaan dengan evolusi baru kerepek kentang yang dihiasi ramuan segar.

Spread the love

prefectogmo 

Menyedari anjakan paradigma masyarakat pada hari ini yang punya citarasa dan mahukan yang terbaik kemunculan PERFECTÒ pasti khabar gembira bagi mereka. PERFECTÒ merupakan jenama kerepek kentang inovatif dihasilkan oleh Mamee-Double Decker yang kini menguasai lebih daripada 30% pasaran snek Malaysia. Diilhamkan daripada MAMEE Chef yang telah memecah tradisi sebagai produk inovasi dan penggunaan ramuan segar sebagai bahan utama, PERFECTÒ merupakan jenama kerepek kentang yang pertama di Malaysia dengan taburan ramuan segar diatas setiap kepingan kentang. Ia didatangkan dalam tiga perisa iaitu ‘Natural Sea Salt’, ‘Sour Cream & Chives’ and ‘Chilli & Spice Infusion.’

PERFECTÒ dihasilkan berdasarkan kajian yang telah kami buat tentang pengguna masa kini dan bagaimana untuk memenuhi keinginan mereka. Kami akan terus berusaha menghasilkan produk yang akan sentiasa kekal dalam ingatan pengguna  di samping menerajui produk dalam kategori ini”, kata Tan Sri Pang Tee Chew, Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker, ketika sidang media pelancaran produk baru baru ini.

Tambah beliau lagi, PERFECTÒ merupakan produk inovasi yang bakal memberikan impak baru kepada pengemar kerepek kentang. Pengalaman yang berbeza akan dialami oleh mereka dengan adanya PERFECTÒ

 

Ketika majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, PERFECTÒdiperkenalkan melalui tiga persembahan tarian; setiap tarian mewakili ketiga-tiga perisa PERFECTÒ. Persembahan bermula dengan tarian Salsa yang memperkenalkan perisa ‘Chilli & Spice Infusion, manakala perisa ‘Natural Sea Salt’. dipersembahkan melalui tarian Capoeira yang mempesonakan dan tarian Jive yang lincah untuk menggambarkan perisa ‘Sour Cream & Chives’.

Selepas persembahan tarian, para tetamu dan wakil media diberi peluang ke “PERFECTÒ Snack Bar” untuk menghasilkan sendiri kerepek kentang dengan pelbagai pilihan ramuan tambahan dan saus yang telah disediakan.

PERFECTÒ dihasilkan daripada ramuan semula jadi dan resipi autentik untuk rasa yang asli. Kepingan kentang yang ditaburi ramuan segar seperti cebisan daun pasli, garam laut dan juga kepingan cili kering menjadikan PERFECTÒ kelihatan menarik dan menyelerakan . Malah peknya yang berwarna hitam membuatkannya kelihatan lebih menyerlah mengikut perisa masing-masing.

PERFECTÒkini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM3.99 bagi setiap kanister. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi PERFECTO di www.facebook.com/PerfectoSnacks.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *