(SEMASA) Perlantikan Amelina Sebagai Duta Pewarna Rambut D’Herbs & Pencarian Wajah “Terlajak Laris”

Spread the love

DSC_7094PETALING JAYA, 22 Mac 2016: Syarikat kosmetik D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd hari ini mengumumkan perlantikkan Ratu Dangdut Amelina sebagai Duta Produk Pewarna Rambut D’Herbs dalam satu majlis yang diadakan di Hotel One World, dekat sini, pada Selasa.  

????????????????????????????????????

Pengasas D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman, 28, berkata, pemilihan penyanyi wanita itu bertepatan dengan penampilannya yang mempunyai rambut sihat dan bersinar.DSC_6844

“Amelina sudah mencuba pewarna rambut D’Herbs dan ternyata dia sangat berpuas hati dengan hasilnya.

“Pewarna rambut keluaran D’Herbs mempunyai keistimewaan sendiri dan mampu menjadikan rambut lembut dan sihat, malah tiada lagi rambut rosak,” ujarnya.DSC_6766

Tambah Aliff, penggunaannya juga mudah kerana hanya mengambil masa selama 15 minit rambut akan bertukar perang.

Pewarna rambut D’Herbs diformulasi dari bahan semulajadi seperti inai, boleh dibawa solat dan tidak luntur.

Ia berharga RM29.90 didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan perang.DSC_6734

Sementara itu, dalam perkembangan lain, hari ini juga D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd akan mengumumkan pencarian wajah Terlajak Laris 2016.DSC_7106

Pencarian ini bermula pada April 2016 dan terbuka kepada semua peringkat umur, lelaki dan wanita. Penyertaan hanya terbuka kepada pengguna produk D’Herbs dan borang penyertaan dihantar bersama kotak produk D’Herbs.

Borang boleh didapati di dalam iklan-iklan D’Herbs di akhbar tempatan bermula April 2016 ini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *