(SEMASA) PETRONAS LANCAR PETRONAS SYNTIUM DENGAN °COOLTECH™

Spread the love

IMG_8543

21 Mac 2015, Kuala LumpurPETRONAS hari ini melancarkan jenama minyak pelincir bagi kereta penumpang (PCMO) yang unggul, PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™ yang telah direka khusus dengan menggunakan kepakaran kejuruteraan untuk melawan haba enjin yang berlebihan bagi mengekalkan prestasi enjin yang optimum untuk pemanduan tanpa masalah.

01 PETRONAS Syntium with CoolTech Group Shots

Haba enjin yang berlebihan merupakan masalah yang kurang diberi perhatian oleh para pemandu. Haba yang berlebihan di dalam enjin menjadi lebih serius akibat keadaan pemanduan dalam dunia moden hari ini seperti kesesakan lalu lintas, pemanduan di cerun curam dan pemecutan di lebuh raya. Ini adalah kerana haba yang berlebihan tidak ditunjukkan pada tolok di papan pemuka dan akan menjadi lebih teruk dan jika keadaan ini berlarutan, ia boleh merosakkan komponen enjin yang kritikal dan menjejaskan prestasi pemanduan.

“Kami di PETRONAS amat bangga memperkenalkan PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™, jenama minyak pelincir utama kami yang telah dirumuskan semula untuk melawan haba enjin yang berlebihan bagi memanfaatkan pemandu seperti kita semua untuk menikmati pemanduan yang bebas masalah,” kata Amir Hamzah Azizan, Naib Presiden, Bahagian Perniagaan Pelincir PETRONAS, merangkap Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Lubricants International (PLI).

PETRONAS Syntium dengan oCoolTechTM direka khusus dengan rantaian minyak yang kukuh untuk menyerap dan memindahkan haba berlebihan daripada bahagian-bahagian kritikal enjin dengan berkesan. Pemandu boleh yakin dengan prestasi pemanduan yang optimum bila haba yang merosakkan engin dihentikan pada sumbernya,” katanya.

IMG_8529

PETRONAS Syntium dengan oCoolTechTM membawa tiga manfaat utama melalui pengurangan haba yang cekap. Pertama, ia menghalang kegagalan enjin dengan melindungi komponen enjin daripada haus dan lusuh yang diakibatkan suhu yang tinggi. Kedua, ia melambatkan kepekatan minyak dengan menghalang minyak daripada mudah teroksida pada suhu yang tinggi untuk memastikan pelinciran optimum pada bahagian-bahagian enjin. Ketiga, PETRONAS Syntium dengan oCoolTechTM mengekalkan prestasi enjin yang optimum dengan menghalang pengumpulan deposit berbahaya akibat haba enjin berlebihan yang disebabkan oleh keadaan pemanduan melampau.

Sebagai bukti keberkesanannya, PETRONAS Syntium dengan oCoolTechTM melebihi piawaian antarabangsa ketat yang ditetapkan oleh Institut Petroleum Amerika (API), Jawatankuasa Piawaian dan Kelulusan Pelincir Antarabangsa (ILSAC) dan Persatuan Pengeluar Automobil Eropah (ACEA) dengan menunjukkan ciri-ciri penentangan haba yang luar biasa.

PETRONAS Syntium dengan oCoolTechTM memberi prestasi rintangan yang lebih baik terhadap kehausan sesondol sebanyak lebih daripada 70% apabila diuji dengan standard spesifikasi perkhidmatan terkini dan tertinggi. Di samping itu, minyak enjin tersebut mempunyai ketahanan pengoksidaan yang lebih baik melebihi 60% dan memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh terhadap pengumpulan deposit pada omboh sebanyak lebih daripada 30%.

Mengulas lanjut tentang PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™, Eric Holthusen, Ketua Pegawai Operasi PLI berkata, “Pengoksidaan atau kepekatan minyak yang sering terdedah kepada suhu tinggi mengehadkan penyampaian pelincir ke seluruh bahagian enjin, lalu mengurangkan keupayaannya untuk menyerap dan memindahkan haba daripada bahagian dalaman enjin. Pada masa yang sama, minyak enjin yang terlalu cair juga tidak dapat memberi prestasi optimum untuk enjin. “

Di sinilah PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™ menunjukkan keunggulannya. Rantaian minyaknya yang kukuh memberi kestabilan pengoksidaan luar biasa untuk melindungi enjin dan juga memastikan kepekatan minyak berada pada tahap minima walaupun beroperasi dalam keadaan suhu tinggi di samping memastikan pelinciran pada komponen kritikal dalam enjin. Ini dapat mencegah kehausan dan kelusuhan yang memudaratkan. PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™ juga mengekalkan prestasi enjin dengan memerangi pengumpulan deposit yang berbahaya disebabkan oleh haba berlebihan dalam enjin,” kata Holthusen.

Pengalaman teknikal yang merangkumi 20 tahun dalam Formula 1 telah memanfaatkan PETRONAS dari segi pembangunan rangkaian bahan api perlumbaan, minyak enjin dan bendalir berfungsi lain yang ditempah untuk enam musim bersama Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS.

PETRONAS Syntium, hasil inovasi PETRONAS yang berterusan, telah memainkan peranan penting dalam memastikan prestasi yang konsisten sepanjang musim 2014 dalam membantu Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS tersebut untuk memenangi kejohanan ‘FIA Formula 1 Constructors’ Championship’ itu. Kemenangan Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS yang mengagumkan adalah bukti kejayaan kerjasama diantara PETRONAS dan pasukan tersebut dalam mentakrifkan teknologi bendalir sepanjang tahun.

“Pada tahun 2014, peraturan baharu Formula 1 memerlukan penggunaan enjin yang lebih kecil dan cekap tenaga. Walaupun dengan pengurangan ini, jumlah kuasa yang sama harus dihasilkan dan ini menyebabkan haba yang ketara dijana di dalam unit kuasa, serupa dengan apa yang berlaku di dalam enjin kereta turbo moden yang kecil. Ini meletakkan tekanan berlebihan pada bahagian enjin yang bergerak. Oleh itu, minyak enjin memainkan peranan penting untuk menyelaras suhu enjin dan mencegah kerosakan yang berkaitan dengan haba yang berlebihan,” kata Nico Rosberg, pemandu Pasukan Formula 1 MERCEDES AMG PETRONAS.

“PETRONAS Syntium terbukti menjadi formula yang membawa kejayaan bagi kami pada tahun 2014. Dilengkapi dengan formulasi yang unik, ia melindungi enjin kami daripada suhu yang melampau dan mengekalkan prestasi enjin yang optimum. Dengan kepakaran PETRONAS, saya teruja dengan kemungkinan satu lagi pencapaian prestasi yang unggul pada tahun ini,” katanya.

Untuk memenuhi keperluan enjin di dalam dan di luar trek perlumbaan terletak pada Fluid Technology SolutionsTM (FTS). Cara ini merupakan satu pendekatan pintar kepada keperluan bendalir yang memaksimumkan prestasi dengan menyediakan produk yang disesuaikan melalui perkhidmatan pakar. Pembangunan bahan api dan pelincir yang optimum dapat dipindahkan dari trek perlumbaan kepada jalan raya, dihasilkan daripada pengetahuan dan wawasan dalam makmal.

“PETRONAS amat berbangga dalam mentakrifkan teknologi cecair automotif dengan produk baharu kami. PETRONAS Syntium dengan oCoolTechTM bukan sahaja penemuan terbaharu kami, tetapi ia juga serentak dengan pengalaman PETRONAS yang merangkumi 20 tahun bersama F1 dalam mengasah kepakaran bendalir kami. “

Pada masa ini, PETRONAS Syntium adalah jenama minyak pelincir yang dipercayai di kalangan berjuta-juta pemandu di seluruh dunia dan dijual di lebih 80 pasaran di seluruh dunia. Kedudukan kami yang kukuh dalam pasaran ini memberikan kami asas yang betul untuk menguasai peluang pertumbuhan baru untuk meletakkan kedudukan kami sebagai salah satu Syarikat Minyak Pelincir Terunggul Dunia pada tahun-tahun akan datang,” kata Amir.

Di Malaysia, PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™ akan diedarkan secara berperingkat ke dalam pasaran, bermula dengan Stesen PETRONAS dan bengkel PETRONAS LubeXperts yang terpilih, dan boleh didapati di seluruh negara mulai Mei 2015 dan seterusnya.

Sila layari www.pli-petronas.com untuk maklumat lanjut atau untuk mencari pengedar tempatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *