(SEMASA) PINK BAZAR RAMADAN & RAYA 2022 SATUKAN PERSATUAN SENI

Spread the love

Puchong – 7 April 2022 : Melalui kerjasama Pink Bazar dan Jom Mall dalam penganjuran acara bazar ramadan & raya warga seni 2022 yang bertempat di M Square Mall Puchong Perdana telah berjaya menyatukan kesemua persatuan seni seperti Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan , Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) serta Pertubuhan NGO Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) dalam membantu anakanak seni dan warga kerja belakang tabir industri hiburan untuk menjana pendapatan sampingan dibulan ramadan dan juga terjejas akibat penularan covid 19 selama 2 tahun.

Fiesta Pink Bazar ini juga telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn , kelab motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris).

Melalui acara ini juga pelbagai reaksi positif yang diterima dalam penganjuran oleh pihak vendors yang telah memulakan perniagaan bermula 3 April yang lalu.

Disamping itu, melalui wakil penganjur iaitu Tiara Joha menyatakan acara ini juga akan memfokuskan aktiviti bersama komuniti dimana tema Pink Bazar sendiri adalah Industri Kreatif dan Komuniti.

Pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya sesi perkongsian para pengarah dari FDAM, para pelakon serta penyanyi berkenaan industri kreatif kepada komuniti.

TARIKH : 1/4/2022 – 30/4/2022 (bazar raya & ramadan)

MASA :10am-10pm

LOKASI: M Square Mall Puchong Perdana

JomMall dipilih penganjur kerana matlamat yang seiring untuk membantu komuniti dan acara Pink Bazar ini merupakan acara julung yang diadakan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *