(SEMASA) PLANTA – HANYA SATU RAMUAN UNTUK MEMBANGKITKAN KELAZATAN TELUR GORENG YANG ENAK, GARING DAN BERAROMA

Spread the love

Print

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2015 – Telur goreng yang sempurna sememangnya menyelerakan. Namun, tiada telur goreng yang setanding telur goreng sempurna yang dimasak dengan Planta….enak, garing, penuh dengan aroma, tidak berminyak serta warna kuning dan putih telur yang menarik. Ia sememangnya hidangan mudah yang boleh dinikmati begitu sahaja, ataupun dimakan bersama dengan sandwic, sepinggan nasi goreng mahupun nasi lemak.

Planta Fried Egg

Planta, jenama marjerin terkemuka dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak turun temurun, hari ini meraikan keenakan resipi telur goreng. Ianya dimasak dengan marjerin Planta yang mempunyai kandungan khasiat tinggi.

“Semua orang boleh menggoreng telur. Telur goreng adalah salah satu resipi yang paling mudah dan cepat untuk disediakan – jadi kenapa memilih telur goreng yang berminyak, kurang garing tanpa keenakan yang dikehendaki? Hanya dengan satu sudu Planta, keenakan telur goreng boleh diubah dengan serta-merta apabila dimasak dengan marjerin Planta yang harum aromanya. Planta bukan sahaja mempunyai rasa yang tersendiri, ia juga memberi tekstur garing beserta aroma yang menyelerakan. Hasilnya – telur goreng yang dimasak tampil sempurna, tanpa kesan minyak yang berlebihan dan penuh dengan kelazatan,” kata Joel Lim, Pengurus Jenama, Kategori Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd.

Bagi kaum ibu, mereka tahu anak-anak mereka menggemari telur goreng, dan dengan marjerin Planta, semestinya telur goreng yang dihidangkan kepada anak dan keluarga mereka adalah lebih sedap dan lazat.

Print

Print

“Telur goreng adalah resipi yang sentiasa dipercayai oleh kaum ibu. Kami berharap kaum ibu akan menggunakan cara masakan ini yang dapat membantu dalam tumbesaran anak-anak mereka,“ tambah Joel.

Pada acara yang berlangsung di pusat membeli-belah terkemuka, 1 Utama, orang awam telah diberi peluang untuk menyertai Perang “Resipi Telur Goreng”. Orang awam dan pihak media diberi peluang merasa dan meneka perbezaan telur yang digoreng dengan Planta dan telur yang digoreng menggunakan minyak masak melalui ujian rasa itu. Selepas itu, mereka diberi peluang untuk mengundi resipi pilihan mereka.

Pelakon dan ibu kepada dua orang anak, Sharifah Sofia, juga turut serta dalam demonstrasi memasak telur goreng dan “Perang” Resipi Telur Goreng. Sharifah juga telah berkongsi pengalaman menambah telur goreng sebagai cara supaya anak sulungnya, Sharifah Ariana, berumur 4 tahun untuk menjamah nasi dan sandwic. Beliau akui keenakan telur goreng yang dimasak dengan Planta bakal menjadi resipi kesukaan ramai.

Planta_480g

“Pengalaman hari ini membuktikan bahawa telur goreng Planta mempunyai rasa yang enak, lebih beraroma dengan tekstur warna yang menyelerakan, serta nampak menarik apabila dihidang. Kaum ibu yang menggunakan Planta untuk memasak telur goreng pastinya akan setuju bahawa resipi ini adalah mudah dan pastinya akan digemari oleh anak-anak mereka,” tambah Joel.

Menjelang beberapa hari sahaja sebelum acara tersebut, terdapat desas-desus bahawa seorang jutawan telah menawarkan RM1 juta untuk membeli hak cipta resipi telur goreng yang dikhabarkan telah memberi kejutan besar kepada kaum ibu. Kemudiannya, didapati bahawa resipi yang telah menambat hati jutawan tersebut adalah resipi telur goreng Planta.

Planta_240g

Untuk maklumat lanjut tentang Planta atau resipi telur goreng Planta, sila layari laman sosial Facebook Planta di www.facebook.com/PlantaMalaysia atau saluran Youtube Planta di www.youtube.com/resepiplanta.

Marjerin Planta kini boleh didapati di semua pasar raya di seluruh negara dengan harga runcit sebanyak RM4.90 untuk 240gm dan RM8.40 untuk 480gm. Semua harga yang dipaparkan adalah termasuk GST


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *