(SEMASA) POWER ROOT BEKERJASAMA DENGAN ALIF SATAR UNTUK PAMERAN JALANAN ALICAFE

 

KUCHING, SARAWAK [2 OKTOBER, 2017]: Power Root Berhad hari ini menutup tirai peraduan Tunaikan Hasrat Umrah (THU), dimana 36 rakyat Malaysia bertuah dipilih untuk menunaikan ibadah tersebut. Pakej-pakej Umrah yang bernilai lebih RM360,000 itu kini telah menjadi milik 17 orang pemenang, dengan seorang pemenang lagi untuk dipilih selepas peraduan tersebut berakhir semalam. 

Syarikat tersebut telah melancarkan peraduan Tunaikan Hasrat Umrah pada bulan Mei lalu, bersempena bulan Ramadan. Menggunakan algoritma untuk memilih nombor bersiri bertuah, seorang pemenang dipilih setiap minggu. Setiap pemenang menerima pakej Umrah Tabung Haji Travel and Services bernilai lebih RM10,000 setiap seorang.

Pengurus Pemasaran Power Root Marketing Sdn Bhd, Ms. Sharon Teh, berkata: “Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami sedar bahawa ramai rakyat Malaysia mengambil masa yang lama untuk memiliki simpanan yang cukup bagi tujuan ini, dan ada juga yang ditipu pihak-pihak dan agensi yang tidak bertanggungjawab. Maka kami mengambil keputusan bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah merupakan satu jalan yang baik untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan para pelanggan kami yang beragama Islam.”

“Kami gembira kerana setakat ini 17 pemenang yang telah dipilih terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, peringkat umur dan negeri-negeri yang berbeza dari seluruh negara,” tambah beliau.

Dengan berakhirnya peraduan tersebut, Syarikat Power Root kini mengadakan satu siri pameran jalanan – sebuah program istimewa untuk

mendekati komuniti bersama selebriti terkenal tanah air, Alif Satar, yang merupakan duta terbaru Alicafé.

Bercakap di sidang media yang diadakan di Pasar Raya Farley di Kuching semalam, lokasi dimana pameran jalanan Power Root diadakan selama tiga hari, Sharon berkata: “Pameran jalanan ini bertujuan mempromosi dan berkongsi kecintaan ramai terhadap produk minuman Power Root yang berkualiti tinggi, khususnya rangkaian minuman herba kami yang diperkaya dengan dua ramuan herba hutan hujan utama iaitu “Tongkat Ali” dan “Kacip Fatimah”, yang berasal dari Malaysia.

Herba-herba ini sangat terkenal dengan khasiatnya yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Selain daripada rangkaian popular Alicafe, Power Root turut mengilang dan memasarkan jenama-jenama popular lain seperti Alitea (minuman teh pracampur), Per’l (minuman kopi dan coklat pracampur dengan herba Kacip Fatimah), Extra Power Root (minuman tenaga yang diperkaya dengan Tongkat Ali), Oligo (minuman coklat malt yang diperkaya dengan oligofruktosa). Kedua-dua Alicafe dan Per’l juga boleh didapati dalam bentuk tin sedia diminum.

Jelas Sharon, walaupun majoriti pengguna Power Root mengenali rasa hebat dan manfaat minuman tersebut, masih ada sebahagian daripada komuniti yang ingin tahu lebih lanjut.

“Kami telah memutuskan bahawa salah satu cara untuk mendekati mereka adalah melalui siri pameran jalanan seperti ini dengan kerjasama Alif.”

“Sebagai salah seorang selebriti terkenal di Malaysia dengan reputasi baik dan professional, diminati ramai kerana sifatnya yang merendah diri dan sangat mengutamakan nilai-nilai kekeluargaan, Alif boleh membantu kami menyemarakkan cinta terhadap Alicafe dengan cara yang menarik dan inovatif.”

“Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan seseorang yang bereputasi baik dan berkharisma seperti Alif untuk pameran jalanan ini dan berkongsi dengan para pengguna di Malaysia tentang produk-produk tempatan yang hebat ini,” tambah beliau.

Pameran jalanan Alicafe telah bermula di Sungai Petani, Kedah awal September lalu. Kuching merupakan lokasi kedua dan terdapat lebih banyak aktiviti dalam perancangan. Sharon berkata inisiatif ini turut akan membantu mengembang dan meluaskan capaian produk-produk Power Root, khususnya rangkaian Alicafe, yang merupakan jenama utama Syarikat.

“Kami berharap agar pameran jalanan ini akan turut mengukuhkan lagi kehadiran jenama kami dan mengembangkan pasaran kami ke seluruh negara, terutamanya di Sarawak dan Sabah, dimana kami lihat ada potensi untuk berkembang.”

Dengan basis pelanggan yang kukuh di Malaysia, Power Root telah berkembang secara agresif ke luar negara, khususnya di kawasan Timur Tengah dan rantau Afrika Utara (MENA). Hari ini, Alicafe merupakan sebuah jenama yang tekenal di rantau MENA.

Sekitar 40% hasilnya dieksport.

Untuk pameran jalanan 3-hari di Kuching, Power Root telah menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan tawaran-tawaran hebat, dimana pelanggan boleh mencuba nasib memutar papan beroda dan

memenangi pelbagai barangan istimewa. Pengunjung juga dihiburkan dengan sebuah konsert istimewa oleh duta Alicafe dan selebriti popular Alif Satar, semalam.

Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat dan produk-produknya, sila layari www.powerroot.com.my       

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *