(SEMASA) PRA TEMPAHAN SYILING EDISI KHAS SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

Spread the love

Petaling Jaya, 17 Julai 2017 – Kuala Lumpur menganjurkan kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29 selepas kali terakhir dianjurkan di negara ini pada tahun 2001. Penganjuran acara yang bakal berlangsung sepanjang Ogos 2017 bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos kelak. Nubex Sdn Bhd hari ini tampil memperkenalkan koleksi syiling bi-logam edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 khas untuk peminat sukan serta pengumpul syiling.

Hadir dalam rekabentuk bi-logam, syiling edisi khas Sukan SEA 2017 direka dalam gabungan kemasan emas dan perak, menzahirkan elemen eksklusif rekaan koleksi terhad ini. Kemasan luar yang diperbuat daripada perak 99.9% (berat 2.975g) mengelilingi kepingan emas 99.99% (berat 0.5g) turut disertakan dengan tekad grafik acara sukan berprestij ini. Dengan jumlah pengeluaran hanya 5000 keping, Nubex yakin pasaran syiling ekslusif bakal menerima sambutan baik pembeli tempatan dan antarabangsa.

“Kami di Nubex yakin syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan menerima sambutan ramai.  Syiling bi-logam ini juga adalah koleksi edisi unik kerana menggabungkan elemen emas 99.99% dan perak 99.9%,” menurut Bakhtiar Abd Majid Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd

Syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijual pada harga RM177.00 (termasuk GST) dan pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai 17 Julai 2017. Nubex Sdn Bhd adalah empunya hak pengedaran cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29.

Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *