(SEMASA) PREME.KL x ALTIMET : T-Shirt Edisi Terhad “Artist Series” Ketiga Dijual Bersempena Konsert Terakhir “The Last Altimet Show”

Meraikan kerjaya seni Altimet, jenama streetwear tempatan PREME.KL membuat kejutan dengan jualan t-shirt edisi terhad pada majlis ramah mesra bersama penyanyi rap tersohor tersebut di butik PREME.KL Sabtu lalu.

Kolaborasi ketiga “Artist Series” oleh PREME.KL kali ini menampilkan penyanyi rap Altimet bersempena konsert terakhir “The Last Altimet Show” yang berlangsung baru-baru ini. PREME.KL mengolah kreativiti sebagai dedikasi buat peminat industri hiburan tempatan yang mengikuti perkembangan kerjaya seni dan diskografi Altimet sejak awal kemunculannya pada tahun 2008.

Lima tajuk album; First Among Equals (2008), Kotarayaku (2014), Amboi (2016), Air (2018) dan 0 (2018) diabadikan di bahagian belakang t-shirt hitam berkualiti premium. Manakala, dua pilihan rekaan; potret Altimet bersama motokar vintaj simbolik kereta pertama yang dipandunya dan rekaan kedua; Altimet duduk persis seorang raja sebagai mengangkat aura penyanyi rap lagenda yang mana lagu-lagunya menjadi siulan ramai.

T-shirt edisi terhad ini dijual pada harga RM99.90 sehelai dan boleh didapati secara online di www.premekl.com, laman Instagram @preme.kl dan butik PREME.KL beralamat di A-21, Jalan SS15/8a, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *