(SEMASA) Preview Buffet Ramadan 2024 ‘ – “CEQ LAPAQ NASIK LAH!” Rebung 2 Chef Ismail Putrajaya

Spread the love

Pakej Bufet Ramadhan Rebung Chef Ismail 2, Putrajaya 2024 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 12 Mac hingga 8 April 2024. Tema Rebung 2 untuk tahun 2024 ini adalah “Ceq Lapaq Nasik lah!”. Untuk tema ini, Rebung akan menampilkan 5 jenis hidangan nasi yang popular di Malaysia dan jarang ditemui antaranya Nasi Lemuni, Nasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu. Setiap jenis hidangan nasi ini, didatangkan dengan set yang merangkumi lauk utama dan lauk sampingan yang dimakan bersama nasi-nasi tersebut. Disamping itu, hidangan-hidangan lauk pauk lain juga ada disediakan beserta aneka kuih muih dan manisan sebagai pemanis mulut.

《 HARGA BUFFET RAMADHAN 2024 》

Dewasa:  RM 99 nett  Kanak-kanak :  RM 69 nett (umur 5-12 tahun)

《 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI REBUNG CHEF ISMAIL 2 》

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 300 orang pada satu masa. mengikut Terdapat juga 4 bilik kecil yang boleh memuatkan sehingga 12 orang untuk setiap bilik. Ruang makan beserta pentas juga ada disediakan.

Disediakan juga bilik mesyuarat yang bakal dibuat pada masa yang akan datang dan juga studio house untuk program kelas memasak dan rakaman program memasak (kadar sewa dikenakan) juga dalam perancangan.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa.

《 PERKHIDMATAN KATERING DAN MAJLIS TERTUTUP 》

Kami juga menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran kami, kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering kami untuk membuat tempahan. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (private function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Rebung Chef Ismail 2, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 011-6745 3535 untuk maklumat lanjut.

Untuk tempahan katering, anda boleh menghubungi wakil katering kami:

Cik Jannah :  014-508 2996

《 BUFET HARI RAYA (PROMOSI BULAN SYAWAL 》

Rebung Chef Ismail 2 akan membuat Bufet Hari Raya dimana kami akan menggabungkan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.

Promosi ini akan berlangsung bermula pada 16 April 2024 (Hari Raya ketujuh) hingga 9 Mei 2024. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 sesi, bermula jam 11 pagi – 2 petang (sesi 1), jam 3 petang ~ 6 petang (sesi 2) dan jam 7 petang – 10 malam (sesi 3).

Harga adalah RM79 nett untuk dewasa dan RM59 nett untuk kanakkanak berumur 5-12 tahun.

《 AKTIVITI RESTORAN SELAIN BULAN RAMADHAN 》

Menyediakan Buffet Breakfast, Lunch, & Dinner.

Buffet Breakfast :   Bermula pada jam 8:00 pagi – 10.00 pagi

Harga : RM21.20 (Dewasa), RM18 nett (Kanak-Kanak)

Buffet Lunch: Bermula pada jam 11:30 pagi-4:30 petang. 2 sesi)

Harga : RM50 nett (Dewasa), RM35 nett (Kanak-Kanak)

Buffet Dinner: Bermula pada jam 6:30 Petang10:00 Malam

Harga : RM70 nett (Dewasa), RM50 nett (Kanak-Kanak)

* Buffet lunch ada 2 sesi; sesi 1 (11.30 pg — 2 ptg) dan ses! 2 (2.30 pts 4.30 ptg).

* Buffet dinyatakan adalah untuk setiap hari kecuali jika terdapat majlis tertutup di restoran.

《 Cara Pembayaran 》

Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card dan juga e-Perolehan (Agensi Kerajaan).

Alamat : Taman Seri Empangan, Lebuh Gemilang, Presint 5, 62200, Putrajaya Tempahan:  +6011 6745 3535

Office : +6011 6743 5355

Emel :  rebung.putrajaya@gmail.com

Facebook  : Rebung Chef Ismail 2

Instagram : rebungchefismail2

Tiktok : rebungchefismail2

Waze : Taman Seri Empangan (berhadapan PICC)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *