(SEMASA) “Prom Night” malam meraikan kejayaan barisan stokis Harqis Empire

Spread the love

Bertempat di Putrajaya Marriott Hotel, telah berlangsungnya majlis penghargaan untuk stokis-stokis Harqis Empire dari seluruh negara. Bertitik tolak dengan pengalaman pahit dibuang oleh sebuah syarikat perniagaan walaupun beliau cukup berjaya menjana pendapatan sekitar RM1 juta pada ketika itu menyebabkan usahawan muda ini bangkit kembali dengan produk-produk di bawah jenama sendiri.

Pengasas Harqis Empire Sdn Bhd, Nur Saidatul Akma Jamaruddin boleh tersenyum lebar pada hari ini dengan kejayaan beliau dan suaminya kini menjana jualan produk pada tahun 2021 sekitar RM16 juta. Walaupun, menempuh cabaran pendemik selama 2 tahun, Harqis Empire masih berjaya mengekalkan momentum jualan dengan meningkatkan keupayaan jualan menerusi platform jualan secara online sekitar 80%. Peningkatan ini berpunca daripada senario penggunaan telefon yang tinggi memandangkan ramai pembeli yang sentiasa atau menghabiskan masa ketika pendemik di rumah.

Keupayaan barisan stokis yang mula meningkatkan keupayaan memasarkan produk melalui platform online seperti facebook, tik tok, instagram dan pendekatan latihan secara maya melalui zoom membolehkan Harqis Empire merekrut sekitar 1000 ejen baru dalam tempoh pendemik tersebut di mana ia membuka peluang kepada suri rumah, mereka yang kehilangan pekerjaan dan mereka yang ingin menambahkan sumber pendapatan keluarga.

Dengan sasaran jualan pada tahun 2022 sekitar RM25 juta,  Nur Saidatul Akma Jamaruddin yakin sasaran tersebut boleh direalisasikan dengan rancangan pemasaran syarikat yang bakal dilaksanakan dengan peruntukan sekitar RM1.5 juta bagi tahun 2022.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *