Pulau Pinang, 30 April 2026 – PROTON bersedia menarik perhatian pengunjung di Penang Autoshow 2026 dengan pameran berani yang menghimpunkan barisan model terasnya di bawah tema gaya hitam yang menyerlah—dipersembahkan dalam satu lokasi buat pertama kalinya.
Berasaskan kepercayaan bahawa satu jenama mampu menyokong setiap peringkat pemilikan kenderaan, PROTON terus menawarkan kenderaan yang praktikal, boleh dipercayai dan mudah dimiliki, memenuhi keperluan rakyat Malaysia daripada pemilikan kereta pertama hingga ke keperluan keluarga yang semakin berkembang.
Menjadi tumpuan utama pameran ialah model-model utama PROTON, digabungkan dengan tema gaya hitam yang berani dan seragam merangkumi Proton X50, X90, S70 dan X70—menampilkan ekspresi barisan model yang lebih dinamik dan menyerlah. Setiap model direka untuk gaya hidup berbeza:
- All-New Proton X50, “Raja SUV” dan peneraju keseluruhan pasaran SUV, menawarkan prestasi turbo dan sambungan pintar untuk pemandu urban.
- Proton X90, “SUV 7 Tempat Duduk Sebenar” dan SUV segmen-D No.1, menyediakan ruang luas dan praktikal untuk keluarga yang semakin berkembang.
- Proton S70, “Sedan Sportif Malaysia” dan sedan segmen-C No.1, menggabungkan prestasi dinamik dengan keselesaan harian.
- Proton X70 Sport Edition, “Malaysia’s Most Refined SUV,” menampilkan gaya lebih sporty dengan kemasan hitam eksklusif dan aksen merah.
Selain itu, PROTON turut menampilkan salah satu model paling popular dan dipercayai, All-New Proton Saga, “Sedan Ikonik Malaysia.” Sebagai pilihan utama untuk pemilikan kereta pertama, Saga menawarkan kebolehpercayaan tinggi, pemanduan yang baik, kos penyelenggaraan rendah serta ciri praktikal—menjadikannya pilihan yang diyakini untuk pembeli pertama dan kegunaan harian.
Selain reka bentuk dan prestasi, PROTON turut mempamerkan platform Electrical and Electronic Architecture (EEA) yang canggih di wilayah Utara buat pertama kali—membolehkan kemas kini sistem lebih pantas, keselamatan dipertingkatkan dan sambungan lebih baik. Melengkapkan teknologi ini ialah Intelligent Head Unit (IHU), dibangunkan oleh ACOTECH, yang menawarkan integrasi telefon pintar secara lancar serta pengecaman suara Bahasa Malaysia untuk pengalaman pemanduan yang lebih intuitif dan terhubung.
Pertumbuhan Kukuh Disokong Kepercayaan Pelanggan
PROTON terus mencatat momentum positif pada tahun 2026 dengan jualan sebanyak 49,142 unit pada suku pertama, mencerminkan peningkatan 40.1% tahun ke tahun serta pegangan pasaran 27.4%, tertinggi dalam tempoh 22 tahun.
Menyokong pertumbuhan ini ialah rangkaian lebih 190 pusat servis dan 77 pusat Body & Paint di seluruh negara, memastikan perkhidmatan selepas jualan yang mudah diakses dan boleh dipercayai. Ekosistem ini turut diperkukuhkan melalui sistem penarafan outlet 5-Bintang serta inisiatif Fast and Better Commitment, yang meningkatkan kualiti perkhidmatan dan masa siap kerja.
Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, “PROTON memberi tumpuan kepada pembinaan ekosistem lengkap yang menyokong pelanggan melebihi tahap pembelian. Aksesibiliti bukan sekadar harga, tetapi juga memastikan rakyat Malaysia mempunyai keyakinan untuk memiliki dan menyelenggara kenderaan mereka sepanjang tempoh pemilikan, dengan sokongan, kebolehpercayaan dan nilai yang berterusan.”
Alami Pemanduan dan Nikmati Tawaran Eksklusif di Penang Autoshow 2026
Pengunjung dijemput ke ruang pameran PROTON untuk meneroka barisan model teras dan melihat dengan lebih dekat model-model menarik yang dipersembahkan dalam tema hitam. Model terpilih seperti Proton Saga, S70, X50, X90 dan X70 turut tersedia untuk pandu uji, memberikan pengalaman langsung terhadap prestasi, keselesaan dan kepraktisan PROTON.
Pelanggan yang melengkapkan pandu uji dan membuat tempahan semasa acara akan menikmati tawaran eksklusif autoshow serta ganjaran, manakala pengunjung juga boleh menyertai aktiviti di lokasi dengan mengikuti saluran media sosial rasmi PROTON dan berkongsi pengalaman mereka di ruang pameran untuk mendapatkan ganjaran tambahan.

