(SEMASA) Raikan Hari Raya Secara Dalam Talian Dengan Selamat Bersama Kaspersky Lab

Spread the love

KIS2015

Hari Raya akan tiba tidak lama lagi. Jadi banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum, semasa dan selepas musim perayaan ini. Selain daripada membeli-belah, berpuasa, menjamu selera dan merancang perjalanan balik kampung, aspek keselamatan tidak wajar diabaikan begitu sahaja. 

Kita tahu bahawa kita perlu mengunci dan memastikan keselamatan kediaman, mungkin dengan  menggunakan sistem keselamatan di rumah. Kita mungkin menyimpan semua barangan berharga di dalam peti besi di rumah atau di bank. Malah kita juga akan memberitahu pihak polis untuk memasukkan rumah kita dalam jadual rondaan mereka.

Biarpun begitu, kita sering tidak mengambil berat terhadap aspek keselamatan terutama berkaitan aset-aset dalam talian seperti identiti diri, data, maklumat kewangan, pembayaran dalam talian dan akaun-akaun media sosial.

Menurut statistik, penghantaran produk secara dalam talian melalui gedung membeli-belah maya telah meningkat dengan mendadak daripada 29 juta pada tahun 2011 kepada 40 juta pada tahun 2013[1]. Peningkatan sebanyak 25 hingga 30% aktiviti membeli-belah dalam talian itu dapat dilihat dengan jelas sepanjang dua minggu sebelum Hari Raya.

Kaspersky Lab, salah sebuah syarikat keselamatan siber yang paling pantas berkembang dan dimiliki secara peribadi terbesar di dunia ingin berkongsi beberapa tip berguna. Ini bagi memastikan anda sentiasa selamat pada Hari Raya ini menerusi produk-produk penyelesaian keselamatannya yang memenangi anugerah.

Kad ucapan palsu

Siapa yang tidak suka menerima kad ucapan perayaan? Namun, sebahagian e-kad dan video itu mungkin mengandungi perisian Trojan. Anda mungkin menerima mesej yang kelihatan seperti dihantar oleh pengirim yang sah. Biasanya, e-kad ini akan meminta anda memuat turun satu lampiran yang sekali pandang adalah selamat dan boleh dipercayai. Sedangkan realitinya, ia adalah Trojan yang akan menjangkiti PC dan akan menunggu anda menggunakan maklumat perbankan dalam talian. Ia kemudian akan mengeluarkan satu tetingkap yang menyuruh anda untuk mengesah atau mengemas kini maklumat bil. Jika arahan itu diikuti, anda mungkin mendapati akaun simpanan telah dikosongkan dan anda tidak berpeluang untuk menggunakan wang tersebut.

Dengan memasang perisian anti-malware yang efektif, anda boleh mengelakkan PC dan telefon pintar daripada serangan Trojan. Perisian anti-malware yang bagus seperti Kaspersky Internet Security 2015 akan mengesan dan menghalang Trojan daripada menyerang PC anda. Sementara  Kaspersky Mobile Security pula mampu menawarkan perlindungan virus bertaraf dunia untuk telefon pintar Android.

 

Diskaun dalam talian yang sukar dipercayai

Siapa yang tidak tertarik dengan tawaran “Diskaun 70%” atau “Beli Satu Percuma Satu” ketika membeli-belah secara dalam talian untuk persiapan Hari Raya? Sedangkan promosi-promosi ‘yang terlalu bagus untuk dipercayai’ ini ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan, pengendali pakej percutian dan kedai-kedai dalam talian yang mungkin palsu serta mengandungi perisian berbahaya di dalam lampirannya.

Anda boleh mengelak daripada menjadi mangsa dengan menggunakan Kaspersky Internet Security 2015 URL Advisor. Apabila anda melayari internet, URL Advisor Kaspersky yang telah dikemas kini akan menambah tag berdasarkan warrna ke atas semua pautan laman web pada senarai carian – ia bagi memberi amaran kepada anda mengenai tahap bahaya pautan-pautan tersebut.

Kaspersky Internet Security 2015 juga menawarkan lapisan perlindungan tambahan sewaktu anda melakukan transaksi kewangan, seperti perbankan dan pembelian dalam talian. Ini kerana ia menggunakan sistem pembayaran Unique Safe Money Technology.

Harga sebuah rasa simpati 

Hari Raya berkait rapat dengan memberi sumbangan dan meluahkan rasa kasih sayang. E-mel di dalam peti masuk (inbox) yang meminta sumbangan daripada rumah anak yatim atau rumah orang tua biasa diterima sepanjang musim perayaan ini. Namun begitu, sila berhati-hati sebelum klik dan menderma kerana sebahagian daripadanya mungkin menipu.

E-mel palsu mungkin mengandungi pautan-pautan meragukan yang kelihatan seperti ‘kesilapan ejaan’ pada alamat laman web tertentu. Akhirnya, pautan-pautan ini akan membawa anda ke laman web yang cuba untuk mencuri kata lauan akaun atau maklumat rahsia lain dengan cara membuatkan anda percaya ia adalah laman web yang sah.

Teknologi termaju anti-phishing Kaspersky Internet Security 2015 secara proaktif mengesan URL palsu dan menggunakan maklumat pada masa sebenar daripada storan awan. Ini bagi memastikan anda tidak ditipu dan mendedahkan data-data penting kepada laman web palsu tersebut.

Berhati-hati dengan Wi-Fi awam

Sebahagian daripada kita mungkin berdepan dilema ketika pulang ke kampung dan hilang punca kerana tiada kemudahan Wi-Fi di sana. Penyelesaian yang paling biasa diambil adalah pergi ke kedai-kedai kopi yang mempunyai ketersambungan Wi-Fi. Malangnya, e-mel, kata laluan, nombor kad kredit dan banyak lagi boleh dipintas apabila anda menggunakan rangkaian Wi-Fi awam.

Ciri baharu Wi-Fi Security Notification yang ada pada Kaspersky Lab Internet Security 2015 akan mengenal pasti tahap keselamatan sambungan Wi-Fi yang anda gunakan secara automatik. Ia akan memeriksa dan memberi amaran mengenai potensi risiko dengan mencadangkan supaya anda mengubah tetapan keselamatan.

Kekal Selamat di Laman Sosial

Selfie atau wefie dengan baju raya, memuat naik gambar-gambar makanan di laman Facebook dan Instagram, merakam penampilan yang anda minati atau tweet sesuatu yang bermakna sememangnya satu cara terbaik untuk berkongsi dengan ahli keluarga serta rakan-rakan. Namun begitu, anda perlu berhati-hati mengenai jenis maklumat dan dengan siapa anda mahu kongsikannya.

Penjenayah siber menggunakan pelbagai bentuk penipuan, misalnya URL yang dipendekkan atau aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan maklumat peribadi anda. Dengan memuat turun  penyelesaian anti-malware seperti Internet Security for Android ke dalam telefon pintar dan tablet Android, ia akan memastikan keselamatan dan memberi amaran jika anda menerima sebarang pautan atau perisian yang berbahaya daripada rakan-rakan anda

[1] Malaysians love to shop online, The Rakyat Post < http://www.therakyatpost.com/life/2014/07/08/malaysians-love-shop-online/>


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *