(SEMASA) Raikan Kemeriahan Krismas di eCurve Bersama Misty Belle dan Rakan-rakan

photo-2-1PETALING JAYA, 14 NOVEMBER 2016 – Bersedia untuk meraikan perayaan yang lain daripada yang lain apabila eCurve dihias indah sepanjang musim Krismas ini! Dengan cuti hujung tahun menjelang tiba, para pengunjung ke eCurve berpeluang untuk menyerlahkan semangat jiwa muda dalam diri mereka menerusi kempen Krismas yang unik dan menyeronokkan bertema ‘Misty Belle and her BFFs Come to Life’.

Dari 25 November 2016 sehingga 1 Januari 2017, raikan Krismas bersama sekumpulan anak patung yang akan membuat penampilan khas di Centre Atrium eCurve hanya untuk musim perayaan ini. Jangan lepaskan peluang untuk menemui Misty Belle Si Fesyenista bersama rakan-rakannya, Victoria Snow yang mesra dan suka bersosial, Josh Aspen yang aktif bersukan, Dexter Hope yang mencintai gajet dan Kandy Kane Si Penggemar Makanan apabila mereka mempersembahkan produksi muzikal penuh semangat untuk berkongsi keterujaan mereka menyambut keriangan perayaan ini bersama semua penonton, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.

photo-1-1Saksikan persembahan ini yang akan diadakan dua kali sehari pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang kempen berlangsung. Persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan ini pasti membuatkan pengunjung menari bersama mengikut iringan tempo dan lagu-lagu Krismas yang popular!

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Pada tahun ini kami cuba mewujudkan suasana unik bagi keseronokan pengunjung apabila mereka ke eCurve semasa musim perayaan hujung tahun ini. Persembahan muzikal yang disediakan bukan sahaja menghiburkan dan menyeronokkan, malahan membolehkan penonton memahami dan menghayati kepelbagaian karakter yang dipaparkan, sama ada yang aktif bersukan atau geeky, seorang fesyenista atau foodie mahupun yang gemar bersosial. Kami pasti para pengunjung eCurve akan berseronok menonton persembahan tersebut!”

Bagi menambah keseronokan, para pengunjung eCurve boleh menampilkan gelagat terbaik mereka sebagai boneka di dalam lima kotak boneka bersaiz sebenar yang diletakkan di sekeliling Centre Atrium. Pastikan anda mengambil bahagian dalam peraduan Instagram pusat beli-belah berkenaan! Untuk menyertainya, hanya ikuti akaun rasmi eCurve, @eCurve_official, bergambar bersama kotak boneka pilihan dan memuat naik foto yang diambil ke laman Instagram berkenaan dengan hashtag yang relevan. 25 peserta dengan foto paling kreatif akan membawa pulang baucar tunai bernilai RM100 setiap seorang! Jangan lupa untuk melayari laman Instagram dan Facebook eCurve pada setiap hari Jumaat sepanjang Disember ini untuk mengetahui lima pemenang mingguan peraduan tersebut.

Keriangan Krismas tidak terhenti di situ! Sepanjang kempen berlangsung, para pelanggan yang membuat pembelian bernilai minimum RM200 dalam maksimum dua resit dari mana-mana kedai di eCurve akan layak menebus sebuah Beruang Krismas yang comel. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Krismas eCurve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277 atau layari laman web www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *