(SEMASA) RANGUP DI LUAR, EMPUK DI DALAM – KFC CRISPY TENDERS TANPA TULANG

Spread the love

Picture 1KUALA LUMPUR, 12 APRIL 2016 – KFC Malaysia kini menawarkan para peminat ayam goreng dengan hidangan lazat tanpa tulang Crispy Tenders yang didatangi dengan pelbagai kombo variasi.

wobbler_V2KFC Crispy Tenders diperbuat daripada 100% filet ayam tanpa tulang yang digoreng hingga sempurna, menjadikannya rangup di luar dan empuk di dalam. Ianya dihidangkan bersama sos premium krim masam dan bawang khas untuk menambahkan lagi kenikmatan Crispy Tenders. Rangkaian hebat ini hanya boleh didapati untuk masa yang terhad sahaja, daripada serendah RM5.50 ala carte.

“Kami mahu pelanggan menikmati ayam KFC kegemaran mereka dengan menghasilkan hidangan ayam tanpa tulang. Setiap gigitan padat dengan 100% isi daging ayam yang dipenuhi dengan rasa hebat KFC Hot & Spicy. KFC Crispy Tenders juga boleh didapati dalam pelbagai kombo variasi termasuk Bucket Sensasi yang sungguh berbaloi,” kata Angelina Villanueva, Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.

Picture 4KFC Bucket Sensasi mengandungi KFC Crispy Tenders baru bersama sos cicahan krim masam dan bawang khas, ayam goreng KFC kegemaran ramai, coleslaw, kentang putar dan air Pepsi dengan tawaran hebat yang sangat berbaloi bermula daripada RM39.90!

KFC Crispy Tenders dan Bucket Sensasi boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh Malaysia bermula dari 12 April 2016, sementara stok masih ada. Nikmatilah tawaran terhad ayam KFC kegemaran anda samada bersama atau tanpa tulang! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *