(SEMASA) Ratusan Karton Ayam Brand™ Kegemaran Malaysia untuk Membantu Keluarga Terjejas Banjir

Spread the love

AB_001_1

Ayam Brand™, jenama terkenal dengan rangkaian luas produk makanan dalam tin yang menyihatkan, mudah dan bebas bahan pengawet, telah mendermakan ratusan karton produknya kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) dalam usaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.

 AB_002_1

Sumbangan makanan termasuk produk kegemaran Malaysia seperti Ayam Brand™ Sardin dalam Sos Tomato dan Kacang Panggang dalam sos tomato Ayam Brand™ yang tinggi dalam protein, kalsium, Omega 3, dan serat. Kesemua produk ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan atau Mono Sodium Glutamat ( MSG).

Menurut Pengurus Sumber Manusia Ayam Brand™ Encik Mohd Daud Hj Ibrahim, sumbangan itu adalah sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Sosial Ayam Brand™ dan sebagai tindak balas langsung kepada keperluan semasa.

” Bagi pihak Ayam Brand™, kami ingin merakamkan doa kami kepada mangsa-mangsa yang terjejas didalam bencana banjir baru-baru ini. Kami berharap bahawa bantuan ini akan memberikan sedikit kelegaan dan meringankan beban mangsa-mangsa melalui makanan berkualiti yang penting dalam usaha mereka untuk kembali dan membina semula rumah masing-masing,” tambah Encik Daud.

Selain sumbangan korporat, kakitangan Ayam Brand™ juga menjalankan tanggungjawab mereka dalam membantu mangsa-mangsa banjir dengan memberikan sumbangan untuk menambahkan lebih banyak bantuan produk kepada mangsa-mangsa banjir.

“Kami gembira bahawa kakitangan kami telah menyumbangkan lebih daripada seribu tin produk Ayam Brand™ dan ini membuktikan bahawa budaya memberi dan membantu diterapkan secara kukuh di organisasi kami,” kata Encik Mohd Hisham Talib , Koordinator Halal Ayam Brand™ .


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *