(SEMASA) Sambut Hari Raya Aidilfitri ini dengan Julie’s Love Letters Kebahagian bermula dengan Love Letters

Spread the love

Julie's Hari Raya Tin_Chocolate_3D-horz

Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi merupakan suatu perayaan yang amat bermakna di mana perantau akan pulang ke kampung halaman untuk bersama-sama insan tersayang, bermaaf-maafan dan mengunjungi sanak-saudara dan rakan taulan. Love Letters (Kuih Belanda), produk terkenal dari Julie’s adalah pilihan terunggul untuk dinikmati dengan penuh kasih saying melalui falsafah kami ‘baked with love’.

Julie’s Love Letters” merupakan resipi tradisional Kuih Kapit yang telah diperbaharui. Biskut gulung yang nipis dan rangup berlapis krim berperisa akan memuaskan hati sesiapa sahaja. Diperbuat daripada ramuan yang asli, Julie’s Love Letters mengikut standard kesihatan tanpa sebarang perisa tambahan, bebas dari trans-lemak dan kolestrol hasil dari piawaian standard ISO dan HACCP, dan yang paling penting kesemua produk Julie’s disediakan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Falsafah Julie’s sejak dahulu lagi, ‘ saya tidak akan beri kepada orang lain, jika saya sendiri tidak makan apa yang telah saya hasilkan’ menjadi tradisi dan asas kepercayaan kami di Julie’s selain menitik beratkan keselesaan ruang bekerja bagi mendorong para pekerja bekerja dengan sepenuh hati.

Julie’s progresif mencipta resipe baru untuk memenuhi trend dan cita rasa pengguna, di mana kita mempunyai pelbagai perisa seperti “Love Letters Chocolate Cream” (Kuih Belanda Berkrim Coklat), “Love Letters Strawberry Flavoured Cream” (Kuih Belanda Berkrim Perisa Strawberi) serta “Cocoro Black Wafer Stick Vanilla Flavoured Cream” (Kuih Belanda Berkrim Perisa Vanilla). Perisa-perisa ini merupakan perisa yang paling diminati oleh para pengguna yang membawa keikhlasan dan kegembiraan kepada orang yang menerimanya. Harapan Julie’s pada Aidilfitri ini, Julie’s Love Letters dapat menjadi hadiah terbaik untuk dikongsi bersama-sama keluarga dan rakan-rakan yang tersayang.

Greeting 1-horz

Sempena sambutan yang penuh bermakna ini, Julie’s telah menyediakan tiga e-kad  eksklusif dengan rekabentuk istimewa yang boleh didapati di laman Facebook Julie’s (https://www.facebook.com/JuliesBiscuits/) di mana anda boleh menghantar kad ucapan kepada sanak saudara dengan mudah.  Kini, anda boleh berkongsi ucapan Hari Raya di Facebook, emel atau muat turun untuk di hantar kepada sanak saudara dan rakan-rakan di perantauan. Kami berharap kad-kad ucapan ini akan melahirkan kegembiraan dan keriangan semperna perayaan yang cukup meriah ini.

Akhir kata, Julie’s ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *