(SEMASA) SANTAPAN RAMADAN PUTRA: BERSANTAP UMPAMA RAJA DI HOTEL SUNWAY PUTRA

Spread the love

Kuala Lumpur, 20 Februari 2024 – Dengan menjelangnya bulan suci Ramadan, Sunway Putra Hotel menjemput anda untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang bertemakan “Santapan Ramadan Putra” Raikan Majlis Berbuka puasa anda di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Sunway Putra Hotel juga telah dinobatkan sebagai Hotel Keluarga Terbaik Malaysia oleh International Travel Award selama dua tahun berturut-turut.

Pada Ramadan ini, pastikan anda mencuba hidangan Buffet Ramadan yang dimasak khas oleh para chef berbakat kami dan bakal menjanjikan pengalaman berbuka puasa anda dengan lebih dari 100 hidangan istimewa. Bermula dari 15 Mac – 7 April 2024 di Coffee House, Tingkat 9, Lobi Utama, dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Antara hidangan khas chef kami ialah Kambing Golek, Nasi Goreng Kambing, dan berbagai pilihan Sate dari Indonesia seperti Sate Madura, Sate Padang, Sate Kambing Kicap, dan Sate Maranggi, Turut dihidangkan Sate Malaysia yang disajikan bersama kuah kacang.

Nikmati juga pelbagai jenis hidangan kami, seperti hidangan tersohor kami iaitu Kari Kepala Ikan. Apa yang membezakan hidangan kami Ialah kami menggunakan Salmon Kanada premium dan kepala ikan Red Snapper, yang bakal memberikan kelainan pada hidangan tersebut. Turut juga ada Sup Tulang, iaitu Tulang lembu, terkenal dengan kuahnya yang cukup rasa. Lengkapi pengalaman makanan anda dengan berbagai pilihan kuih-muih tradisional, yang bakal menambahkan kemanisan pada hidangan anda.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan harga awal Santapan Ramadan kami, iaitu dengan harga bersih RM119 seorang dewasa dari 15 hari bulan sehingga 29 Februari 2024. Bermula 1 Mac 2024, pakej akan dijual dengan harga asal RM149 bersih seorang dewasa.

Selain itu Sunway Putra Hotel juga turut menganjurkan peraduan di media sosial untuk tetamu yang berkunjung di Santapan Ramadan Putra. Tetamu cuma perlu mengambil Selfie/Wefie terbaik mereka bersama keluarga atau rakan-rakan, dengan menggunakan prop yang disediakan, berserta keterangan “Santapan Ramadan di Sunway Putra Hotel adalah pilihan terbaik saya kerana…” Lima foto dengan kapsyen paling menarik yang dikongsikan akan berpeluang memenangi penginapan 2H1M percuma di bilik deluxe berserta sarapan pagi untuk 2 orang di Sunway Putra Hotel.

Rumah Makan Nusantara – Santapan Iftar Nusantara
Selain promosi Buffet Ramadan menarik yang diadakan di Coffee House hotel, Rumah Makan Nusantara para tetamu dengan pengalaman masakan asli Indonesia dan Malaysia. Sebagai Restauran Indonesia terkemuka di negara ini yang terletak di dalam hotel, kami menjemput anda untuk menikmati Set Menu Ramadan eksklusif kami.

Nikmati pelbagai hidangan Indonesia yang dipilih dengan teliti, terdiri dari 12 hidangan. Bermula dengan hidangan pembuka seperti Risoles, Cireng, dan Keropok Ikan, Seterusnya hidangan utama termasuk Ayam Pop Minang, Citarasa kaya Tongseng Kambing, dan Udang Harimau Bakar.

Pastikan anda mencuba pelbagai jenis pilihan Kuih-Muih Melayu yang penuh tradisi. Selain itu hilangkan dahaga dengan menikmati hidangan minuman Soda Gembira, minuman yang menyegarkan yang disajikan di Rumah Makan Nusantara.

Set Menu Santapan Iftar Nusantara Ramadan tersedia dengan harga RM139 bersih seorang dewasa, dengan tempahan minimum 4 orang satu meja. Setiap set termasuk hidangan nasi putih untuk setiap individu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *