(SEMASA) SELERA DESA KEMBARA IFTAR DI KUALA LUMPUR SAFFRON BRASSERIE, ANCASA HOTEL & SPA, KUALA LUMPUR

AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur – Kurang sebulan lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan bulan yang mulia. Pada waktu inilah kita sering teringat dengan juadah kampung dan masakan ibu tercinta ketika berbuka puasa. Bagi memeriahkan lagi bulan Ramadan ini, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk bandar Kuala Lumpur di bawah satu bumbung berkonsepkan “Selera Desa kembara Iftar Di Kuala Lumpur”.
Antara sajian kembara iftar yang dihidangkan ialah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan produk daripada durian seperti Serawa, Wajik, Puding dan banyak lagi.

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Cef Yohanis, Cef Mariam, Cef Syukri, Cef Alias dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Seperti semua orang ketahui, masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menggabungkan tema Kembara Iftar Di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama.

Malahan juadah yang disajikan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dimemori kita. Antaranya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warong Jalan Peel, Jalan Bellamy dan
Batu Road.

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Bagi penggemar-penggemar durian pula, kami menyajikan pemanis mulut yang segalanya daripada durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.

Tawaran harga istimewa diberikan kepada anda yang mendapatkan baucar awal dengan harga serendah RM58 bersih. Tawaran istimewa ini sah sehingga 15 Mei 2017. Selepas tarikh ini baucar dijual pada RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03-2026 6060 samb. 7703.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *