(SEMASA)  Selera Ramadhan Buffet D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet Konsep 2 dalam 1 (Steamboat + Grill)

Spread the love

Bagi Ramadhan pada tahun ini, selain daripada menyediakan kambing panggang, kami menggunakan Konsep Gerai yang menyajikan menu yang istimewa seperti Roti Jala, Roti John, Kuey Teow, dan Ayam Goreng Berempah. Bagi hidangan buffet, kami mempunyai hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Ayam Beriyani, Dalca Beriyani, Jelatah, Papadom, dan Asam Laksa. Menu ini disediakan sepanjang bulan Ramadhan. Selain hidangan utama, kami juga mempunyai hidangan lain seperti Nasi putih, Daging Masak Merah, Ikan Dori Masak Masam Manis, Sayur Masak Sos Tiram, dan beberapa masakan panas yang lain. Hidangan ini bertukar setiap hari.

Pada Ramadhan ini juga, D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet mengutamakan masakan secara stimbot. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi.

Dengan kepakaran Chef Shanizam, yang berpengalaman lebih 25 Tahun dalam bidang kulinari, beliau telah membuat pembaharuan pada menu grill perapan untuk ayam, daging, udang sosej, ketam, ikan dan sotong. Perapan ini adalah campuran Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dang beberapa rempah ratus yang lain bagi menaikkkan lagi rasa dan aroma perapan.

Tidak ketinggalan makanan laut segar juga turut dihidangkan seperti Lala, Pepahat, Ketam dan Udang. Selain itu, menu Bebola juga merupakan menu yang digemari pelanggan. Antaranya ialah Seafood Tofu, Salmon Fishball, Vegie Fishball, Prawn Ball, Beef Ball, Sosej serta Crab Filament. Bagi memikat selera pelanggan, hidangan pencuci mulut juga kami sediakan, seperti pelbagai kuih melayu, aneka kek, buah-buahan serta bubur manis.

Beberapa menu yang menarik juga ditambah di dalam buffet seperti, hirisan ikan segar bersama sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya yang diperap didalam kertas aluminium, dan Kepak Ayam BBQ.

 

Info Tambahan – Harga

Dewasa : RM 44.90

Kanak-Kanak : RM 22.90

Harga amat berpatutan dengan pelbagai menu yang kami hidangkan kepada pelanggan. Buffet D’Kayangan Steamboat BBQ  beroperasi dari 5 petang sehingga 12 malam pada hari Isnin sehingga Ahad.

Info Tambahan – Restoran dan tempahan

Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan menawarkan lebih 199 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari. Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas.

Restoran D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No.1, Jalan Lompat Tinggi 13/33M Seksyen 13,
Shah Alam, 40400 Shah Alam

Waktu Operasi :
5.00 petang – 2.00 pagi

Nombor Telefon :
0355234979 / 012-2971091

Facebook :
Steamboat BBQ D’Kayangan

Email :
dkayangan_steamboat@yahoo.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *