(SEMASA) Serlahkan Bakat Memasak dengan Chefology Marble Ceramic Cookware dan 11street

Spread the love

Photo 1

19 Januari 2016 – Oasis Swiss, dengan kerjasama 11street (www.11street.my) telah melancarkan rangkaian Chefology Marble Ceramic Cookware yang baru di Starhill Culinary Studio bersama chef selebriti tempatan, Chef Zam. Ia menawarkan pelbagai variasi peralatan dapur aluminium die-cast yang diperbuat daripada salutan seramik marmar tahan lama.

Photo 6

Dengan sifatnya yang mudah mesra dan mencuit hati, Chef Zam telah menunjukkan beberapa aneka hidangan Asia yang mengiurkan menggunakan rangkaian produk Chefology Marble Ceramic Cookware.

“Mencari peralatan memasak tahan calar sentiasa menjadi cabaran untuk saya serta keluarga yang benar-benar menikmati keseronokan memasak. Rangkaian peralatan memasak Chefology ini ternyata cukup berharga bukan sahaja kerana prestasinya yang tidak melekat dan ciri tahan lamanya yang membolehkan pembersihan dilakukan dengan mudah, malah ia menjimatkan masa di dapur,” jelas Chef Zam.
Sejurus selepas demontrasi memasak, ahli-ahli media diminta untuk mencipta kembali hidangan yang disediakan oleh Chef Zam dalam pertandingan memasak. Ini turut memberikan mereka peluang untuk mengalami sendiri pengalaman menggunakan Chefology Marble Ceramic Cookware yang tidak melekat dan tahan calar.
Selain daripada pengalaman memasak menggunakan peralatan Chefology Marble Ceramic Cookware, ahli media turut menyaksikan kekuatan ketebalan lapisan Chefology Marble Ceramic Cookware melalui satu ujian demonstrasi salutan. Ketahanan serta tahap rintangan calar produk tersebut turut diuji dalam ujian demonstrasi tersebut.
Jaden Teoh, Pengarah Oasis Swiss yang menjalankan kedua-dua ujikaji tersebut berkata, “Kami di Chefology komited untuk menggalakkan masyarakat untuk meluangkan lebih banyak masa berharga bersama keluarga melalui tawaran produk yang menjanjikan proses memasak lebih mudah di samping mengurang masa di dapur. Dengan ini, kami bekerjasama dengan 11street untuk menjual Chefology Marble Ceramic Cookware pada harga yang sangat berpatutan.”

Turut hadir pada majlis itu, Bruce Lim, Naib Presiden Dagangan 11street berkata, “Dalam tempoh enam bulan lalu, kami mendapati peningkatan sebanyak 75% dalam penjualan peralatan dapur dan makan malam. Ini menunjukkan minat membeli peralatan dapur secara online semakin meningkat, dengan lebih ramai rakyat Malaysia telah menguasai pengalaman membeli-belah yang mudah ini. Hari ini, kami cukup gembira dengan Chefology, jenama peralatan memasak yang berkualiti tinggi sebagai sebahagian daripada rakan kongsi kami di 11street. Menawarkan produk-produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, kami percaya akan wujud permintaan tinggi untuk Chefology Marble Ceramic Cookware”.Photo 4

Bagi memulakan pelancaran Chefology Marble Ceramic Cookware di 11street, satu promosi eksklusif akan diadakan bermula dari 8 Januari hingga 7 Febuari dengan tawaran diskaun sebanyak 30%. Selain itu, pembeli 11street yang membeli mana-mana produk Chefology dalam tempoh promosi layak untuk membeli Chefology 24cm Frying Pan dengan hanya RM11! Peralatan memasak terdiri dari 7 produk yang akan mulai dijual di AEON, AEON BGI, Aino Living, Isetan, Parkson dan Robinsons.

Ciri-ciri produk:

• Salutan seramik marmar yang tahan lama dan tahan calar
• Tidak melekat dalam jangka masa lama
• Tombol cengkaman yang lembut untuk mudah pegang
• Dengan gelas lid untuk telus pandang
• Bahagian bawah dengan aluminium untuk pengedaran haba dengan kehilangan minimum
• Tiada PFOA, plumbum dan kadmium
• Sesuai untuk induksi, elektrik gas dan bahagian atas seramik
• Selamat dibasuh dengan apa saja

Chefology Marble Ceramic Cookware terdiri dari 7 produk:
• 18cm Saucepan with Lid
• 24cm Frying Pan
• 28cm Frying Pan
• 26cm Grill Pan
• 24cm Casserole with Lid (4.28L)
• 28cm Casserole with Lid (6.5L)
• 32cm Wok with Lid


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *