(SEMASA) Sesi Temu Mesra Bersama Yumi Wong di Karnival “Health & Fun” GINTELL

Spread the love

(Petaling Jaya – 23 September 2023) – GINTELL, rangkaian perniagaan penjagaan kesihatan dan kecergasan terbesar di Asia Tenggara & Malaysia telah menjemput Yumi Wong, seorang model/pelakon terkenal untuk sesi bertemu mesra bersama peminat-peminat dan juga perkongsian testimoninya mengenai GINTELL S6 Plus Wellness Chair

GINTELL S6 Plus adalah kerusi urut pertama di Malaysia yang memiliki fungsi Urutan Tangan 8D di mana roda urut tersebut dibahagikan kepada dua bahagian yang berbeza iaitu pada bahagian atas badan (bahu & leher) dan bahagian bawah (pinggang & punggung). Fungsi inovatif ini dapat memberikan pengguna merasai sensasi urutan daripada lapan tangan manusia yang dapat melegakan seluruh badan

Majlis tersebut berlangsung di LG Oval, One Utama dan dimulakan dengan Tarian K-Pop yang menawan. Majlis tersebut diikuti dengan sesi pengendorsan Yumi Wong bersama pihak pengurusan GINTELL sebagai duta produk dan diteruskan dengan sesi perkongsian testimoni oleh Yumi Wong mengenai GINTELL S6 Plus 8-Hands Wellness Chair. Majlis mendapat sambutan meriah dengan kehadiran peminat-peminat Yumi yang amat teruja untuk sesi bertemu kerana peminat bertuah berpeluang untuk turut serta dalam permainan mini ini bersama dengan Yumi Wong. Satu pemenang bertuah berpeluang untuk bawa pulang kerusi urut GINTELL S6 Wellness SuperChAiR sebagai sebahagian daripada Peraduan Cabutan Bertuah Hari Ibu Bapa Sin Chew sebelum majlis diakhiri dengan jayanya. Semua pihak media dan tetamu yang hadir dijemput ke tempat jamuan sebagai tanda penghargaan.

Pihak pengurusan GINTELL, duta produk, (Yumi Wong) yang merupakan penyanyi/pelakon terkenal,  pengurusan One Utama, dan pihak media adalah antara tetamu yang hadir pada hari tersebut.

Selain itu, “roadshowGINTELL juga berlangsung dari 23 September 2023 – 1 Oktober 2023, 10pagi-10malam. Antara produk yang dipamerkan ialah kerusi urut, mesin larian dan lain-lain. Pengungjung amatlah teruja dengan pelbagai tawran produk kesihatan dan kecergasan terutamany kerusi urut yang bermula serendah RM99. Untuk 2 hari sahaja, pengunjung juga dapat sertai Karnival “Health & Fun” GINTELL dan membawa pulang hadiah percuma sekaligus menikmati aktiviti yang menakjubkan khas buat orang dewasa dan kanak-kanak pada 23 September 2023 & 24 September 2023 sahaja.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *