(SEMASA) Sumbangan Kurma Kepada Orang Ramai Oleh Rider SoniXpress (Fenomena Biru)

Spread the love

SoniXpress hari ini melancarkan program tanggungjawab social corporate (CSR) dengan pengagihan kurma di sekitar bandaraya Kuala Lumpur terutama di Jalan Tunku Abd Rahman. Program ini bermula pada jam 5.30 petang tadi di hadapan pasaraya Sogo dan Pertama Kompleks dengan penglibatan pekerja dari SoniXpress sendiri.

Seramai 25 pekerja rider SoniXpress mengambil bahagian dalam program ini dalam usaha untuk mengetengahkan jenama SoniXpress. Program ini dihadiri sendiri Pengarah Urusan SoniXpress En Rashidi Ramli dengan beliau bersama rider dalam menyampailan sumbangan Kurma Kepada Orang Ramai.

Pada bulan Mac 2021, SoniXpress merupakan syarikat baru dalam dunia penghantaran secara dalam talian di pasaran domestik ini telahmemulakan operasinya. Syarikat ini mengendalikan penghantaran bermula dengan makanan dahulu dan akan diperluaskan dengan banyak lagi jenis penghantaran selepas ini. Sonixpress beribu pejabatnya di Kuala Lumpur, Malaysia kini mempunyai sekitar 1,500 penghantar di Malaysia.

Pada asasnya, mereka yang ingin memesan makanan secara dalam talian akan mengunjungi platform SoniXpress dengan mudah untuk makanan kegemaran mereka. Pesanan dan pembayaran dapat dilakukan secara dalam talian dan pilihan restoran yang mempunyai ulasan penggunanya menjadikannya lebih mudah untuk memilih restoran terbaik setiap masa. Hanya dengan beberapa klik, makanan lazat sedang dalam perjalanan

www.sonixpress.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *