(SEMASA) SYSTEMA, PERSATUAN JURUTERAPI PERGIGIAN MALAYSIA BERGABUNG UNTUK MELANCARKAN KEMPEN ‘LOVE AT FIRST BRUSH’

Spread the love

 

Kuala Lumpur, 27 April – Menurut Kajiselidik Kesihatan Mulut Kebangsaan bagi Orang Dewasa 2010 (National Oral Health Survey for Adults 2010), kadar penyakit gusi telah meningkat kepada 94% di kalangan orang dewasa di Malaysia dalam tempoh sepuluh tahun.

Hasil statistik yang membimbangkan ini mendorong jenama berus gigi no. 1 di Jepun, Systema dari Lion Corporation Jepun untuk berkerjasama dengan Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia (MDTA) dengan sokongan Kesihatan Pergigian (OH) bagi pelancaran kempen ‘Love at First Brush’. Kempen ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang pencegahan penyakit gusi, serta untuk membantu pengguna memilih berus gigi yang betul, bersesuaian dengan tabiat dan kaedah memberus gigi yang berkesan.

Baru-baru ini, Systema telah menjalankan kajian secara atas talian (online) dengan 500 orang dewasa dalam lingkungan umur 15 hingga 19 dan 25 hingga 55 tentang sikap dan tingkah laku mereka terhadap penjagaan kesihatan mulut. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa wujud pemahaman dan kesedaran yang terhad terhadap kesihatan mulut dan penyakit gusi. 50% daripada responden percaya bahawa pendarahan gusi ketika menggosok gigi adalah sesuatu yang normal manakala 54% daripada responden tidak sedar bahawa plak gigi merupakan penyebab utama penyakit gusi.

Justeru, ‘Love at First Brush’ direka untuk menangani isu ini dari peringkat akar umbi. Systema menyediakan bahan penerbitan am untuk MDTA, bermula dengan video ‘Bagaimana untuk Mencegah Penyakit Gusi’ yang memaparkan kesan plak bakteria pada gigi, terutamanya di celah-celah gigi dan gusi. Sekiranya kesedaran terhadap pencegahan penyakit gusi wujud, langkah yang seterusnya adalah mudah. Dengan tabiat memberus gigi secara betul, rakyat Malaysia dapat memelihara dan mengekalkan gusi yang sihat sepanjang hayat.

Tambahan pula, 10,000 berus gigi Systema dan kit pergigian telah disumbangkan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia, yang akan diedarkan di seluruh negara. Ini membolehkan pakar profesonal pergigian menggunakan video dan berus gigi yang dibekalkan untuk mendidik pesakit tentang pencegahan pembentukan penyakit gusi melalui teknik asas memberus gigi yang betul: iaitu dengan memberus lima bahagian gigi – di belakang gigi, di celah gigi, di garis gusi serta permukaan mengunyah dan permukaan garisan senyuman.

“Kempen Systema ‘Love at First Brush’ adalah bukti bahawa 8 daripada 10 orang pengguna menyukai berus Systema selepas mencubanya pada kali pertama. Systema memahami keperluan anda, justeru kempen ini dilancarkan untuk mendidik tentang pemilihan berus gigi yang betul. Setiap daripada kami adalah individu yang mempunyai keadaan mulut yang berbeza serta tabiat memberus yang unik. Anda hanya perlu menititikberatkan cara pemilihan berus gigi yang bersesuaian,”kata Christina Yong, Pengarah Pemasaran, Southern Lion Sdn. Bhd.

“Di Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia (MDTA), kami percaya bahawa kesihatan mulut memainkan peranan penting yang menyumbang kepada kesihatan kita secara keseluruhannya. Fungsi gusi sering dipandang ringan walaupun ia mempunyai tugas penting untuk memegang erat gigi dalam posisi yang tetap. Akan tetapi, ia bukan sesuatu yang diberi tumpuan pada pandangan pertama, lantaran itu, peranan gusi sering diabaikan,” kata Datin Zarina Abdullah, Presiden Persatuan Juruterapi Pergigian Malaysia (MDTA).

Semenjak 2002, Lion Corporation telah berkerjasama dengan pakar profesional pergigian sebagai tanda sokongan terhadap program pendidikan kesihatan mulut yang dijalankan oleh juruterapi pergigian di sekolah-sekolah di sekitar Malaysia. Lion Corporation Jepun sedari bahawa lazimnya, ibu bapa sering mengabaikan kepentingan kesihatan mulut dan teknik memberus yang betul kerana percaya ia adalah tugas seorang pakar pergigian. Oleh itu, Lion Corporation Jepun telah menyasarkan golongan dewasa. Melalui usaha ini, ibu bapa akan mempunyai tahap pemahaman dan kesedaran yang tinggi di samping menyemai tabiat memberus gigi yang betul dalam diri mereka dan anak-anak mereka.

Pengarah Kanan, Kesihatan Pergigian di Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Noor Aliyah Ismail yang menyokong inisiatif ini berkata “Melalui kempen seperti Systema ‘Love at First Brush’, kami ingin melihat peningkatan kesedaran terhadap kesihatan gusi di Malaysia. Tahap kesedaran dan pendidikan yang disemai semenjak usia muda akan mengikut hala tuju yang betul melalui inisiatif ini”.

Bahan pendidikan akan juga diedarkan secara atas talian (online) terutamanya di laman sosial media bagi mendidik rakyat Malaysia. Tips-tips berkaitan penjagaan pergigian akan disertakan bertujuan untuk mencegah penyakit gusi. Maklumat yang diedarkan ini adalah berdasarkan hasil penemuan yang dikumpulkan melalui sebuah kajian.

“Sebahagian daripada kajian menunjukkan rakyat Malaysia sering mengabaikan garisan gusi dan di celah gusi, iaitu bahagian yang paling banyak mengumpul plak yang menyebabkan masalah gusi. Cara yang paling baik untuk mengekalkan kesihatan oral adalah dengan memahami tujuan sebenar memberus gigi – untuk mengeluarkan plak. Pemilihan berus gigi yang betul adalah amat penting,” kata Christina.

Ramai mempunyai tanggapan bahawa berus gigi keras mempunyai keupayaan untuk membersih dengan lebih baik. Akan tetapi, berus gigi keras tidak dapat menanggalkan plak dengan berkesan. Oleh kerana plak sangat melekit, berus lembut dapat menanggalkan plak dengan mudah tanpa mencederakan gigi dan gusi. Ini adalah sejajar dengan saranan pakar pergigian.

Berus gigi Systema direka khas dengan bulu tirus yang mempunya kelembutan tiga kali ganda ke atas gusi, 40% lebih berkesan dalam membersihkan celah-celah gigi dan sembilan kali lebih berkesan dalam menanggalkan plak di sekitar garisan gusi.  Selain itu, jenama ini juga memenuhi keperluan dan tabiat memberus individu yang berbeza. Sebagai contoh, individu yang mempunyai rahang yang kecil boleh menggunakan Systema Compact yang mempunyai saiz kepala yang kecil yang memastikan pemberusan menyeluruh sampai ke geraham belakang. Systema 3D Clean dengan 5 pelbagai fungsi mampu menanggalkan 63% lebih plak dan menjanjikan pembersihan menyeluruh dalam mulut.

Bagi kanak-kanak yang berumur di antara 8 hingga 12 tahun yang lazimnya mempunyai pertumbuhan gigi yang bercampur, jenama tersebut baru-baru ini memperkenalkan Systema Pre-Teen, dengan bulu ultra lembut dan saiz kepala padat yang dapat membersih gigi yang tidak rata disebabkan peralihan dari gigi susu dan gigi kekal. Walaupun reka bentuknya adalah berlainan, ia masih mengekalkan bulu tirus 0.02mm yang tiga kali ganda lebih lembut pada gusi, jika dibandingkan dengan berus gigi biasa.

“Setiap mulut mempunyai berus gigi yang bersesuaian. Pengguna hanya perlu memilih berus gigi yang bersesuaian dengan tabiat memberus tersendiri. Kami inginkan pengguna bertemu dengan ‘berus gigi sejati’ atau ‘berus gigi sepanjang hayat’. Melalui teknik memberus yang betul, kami dapat bersama dalam misi untuk mengurangkan statistik penyakit gusi di negara kita,” kata Christina.

“Di Systema, kami akan berusaha untuk memberi persekitaran yang gembira, bersih dan sihat dengan memperkenalkan produk yang direka khas untuk mengubah, memperbaiki dan memberi impak positif terhadap kualiti hidup rakyat Malaysia,” akhiri beliau.

Bagi maklumat lanjut tentang kempen Systema atau untuk memilih berus gigi yang betul, sila layari www.loveatfirstbrush.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *