Shah Alam, 9 April 2024 – Santan adalah satu ramuan wajib ada dalam setiap sajian asli Malaysia, baik masakan Melayu, India, Cina mahupun Orang Asal atau Orang Asli. Santan menjadikan rasa, tekstur dan aroma hidangan tempatan seperti Nasi Lemak, Rendang, Kari Kepala Ikan, Kari Sardin, Laksa Sarawak, Piaren Ah Manuk dan Bunga Kelapa lebih tulen.
Ayam Brand™, jenama warisan berusia 132 tahun yang terkenal dengan pilihan meluas makanan berkualiti, bebas bahan awet, tanpa tambahan MSG, sihat, mudah dan diiktiraf Halal, peka akan kepentingan santan yang kaya dengan rasa dan kebaikan kesihatan.
Ayam Brand™ menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan santan dalam pek mudah sejak berdekad lamanya. Santan Ayam Brand™ diperah daripada kelapa terpilih secara bersih, kemudiannya dikekalkan kesegarannya dalam pek tetra mudah tanpa sebarang bahan awet dengan menggunakan teknologi Suhu Ultra Tinggi (UHT). Malah, santan Ayam Brand™ adalah sebaik santan segar yang baru diperah tetapi lebih mudah kerana anda tidak perlu mengemas dapur untuk mendapatkannya. Lebih baik, santan Ayam Brand™ juga mempunyai kepekatan yang tepat dan sesuai untuk setiap resipi.
Pilih daripada Santan Ayam Brand™ dalam pek 200ml (RM3.00) dan 1 liter (RM11.90) yang sesuai untuk keluarga besar atau penggunaan komersial dan Santan Trim Ayam Brand™ dengan pengurangan lemak sebanyak 45% (200ml untuk RM3.00). Bagi penggemar sajian pencuci mulut, cubalah Santan Super Light Ayam Brand™ 330ml dengan hanya 5% kandungan lemak dan dipertingkatkan dengan air kelapa (RM3.60), bergantung pada pilihan anda.
Santan Ayam Brand™ sesuai dipadankan bersama Pes Tempatan Ayam Brand™ (RM5 untuk 180g) dengan pes-pes kegemaran ramai termasuk Rendang, Kari Ikan, Kari Ayam, Masak Lemak dan Kurma. Nikmati hidangan asli enak dan sihat bersama Santan Ayam Brand™ semasa Hari Raya ini. Pastikan pantri sentiasa lengkap dengan ramuan penting ini sungguhpun musim perayaan telah berakhir untuk anda menyediakan sajian tengah hari atau makan malam dengan cepat.
Manfaat Pemakanan
Masyarakat dahulu menganggap santan kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan. Mereka betul. Lemak tepu yang terdapat dalam santan amat bermanfaat apabila diambil secara sederhana dalam diet yang sihat. Santan terdiri daripada asid laurik dan asid lemak rantai sederhana (MCT) yang memudahkan metabolisme tubuh[1] berbanding asid lemak rantai panjang.
Tubuh akan memecahkan lemak santan kepada monolaurin, sejenis kompaun yang mempunyai komponen antiviral dan antibakteria[2], satu sumber penting bagi sistem imun. Lemak santan juga menyediakan nutrisi dan tenaga yang penting bagi tubuh, pada masa sama menggalakkan penyerapan vitamin larut lemak (A,D, E dan K) dan mineral (kalsium, magnesium dan besi).
Kami kongsikan dua resipi cepat dan mudah yang sesuai untuk sambutan perayaan akan datang mahupun hidangan harian. Seperti biasa, olah resipi-resipi ini mengikut cita rasa anda dengan menambah atau mengurangkan ramuan.
Di bawah adalah langkah-langkah untuk menyediakan sajian asli tempatan:
Rendang Makerel Mudah
Walaupun hanya menggunakan empat ramuan, hidangan ini mempunyai kerumitan dan kekayaan rasa yang perlu dinikmati untuk mempercayai betapa mudah untuk menyediakannya. Masukkan satu pek Pes Rendang Ayam Brand™ ke dalam sebuah kuali dan goreng sehingga naik bau selama 2 hingga 3 minit. Kemudian, tambahkan 120ml Santan Ayam Brand™ dan kacau sehingga ramuan sebati. Buangkan kuah dalam sebuah tin Sardin atau Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand™ (425g). Masukkan ikan yang telah ditoskan itu ke dalam kuah rendang. Kurangkan api dan biarkan kuah mereneh dengan dikacau sekali-sekala sehingga ia memekat. Tambah kerisik Ayam Brand™ (40g) dan gaul dengan perlahan sehingga segalanya sebati. Sardin dan Mackerel Ayam Brand™ kaya dengan kandungan Omega 3, protein dan kalsium yang pastinya akan memberikan khasiat tambahan pada hidangan rendang istimewa buat keluarga dan rakan-rakan.
Itu sahaja! Mudah, bukan? Hidangkan rendang anda bersama nasi himpit pada Aidilfitri ini atau gandingkan ia bersama nasi bagi hidangan harian yang memuaskan selera anda.
Masa penyediaan: 3 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidangan: 4 hingga 5 orang
Kurma Daging
Sama ada musim perayaan ini mahupun pada setiap hari, adalah penting untuk menyediakan sajian tidak pedas bagi si kecil dan mereka yang sensitif dengan makanan pedas. Kurma yang berasaskan ketumbar dan bukannya cili adalah pilihan enak yang sesuai tanpa rasa pedas.
Tuang satu pek Pes Kurma Ayam Brand™ ke dalam sebuah pan, masak sehingga naik bau dan kemudian, dengan segera masukkan 80g lobak merah yang telah dipotong dadu dan dan 300g daging (ayam atau lembu) yang telah dihiris dan saute sehingga daging tersebut sederhana masak. Tambah 200ml air, tutup pan dengan penutupmua dan biarkan ia mereneh sehingga kira-kira 10 minit atau daging masak atau lobak merah lembut. Masukkan 800 bawang merah yang dipotong empat dan 60ml Santan Ayam Brand™. Biarkan kuah sehingga mendidih. Sebagai pilihan, hiaskan hidangan dengan hirisan cili merah dan daun ketumbar. Hidangan bersama nasi.
Masa penyediaan: 5 minit, tempoh memasak: 20 minit, saiz hidanga: 4 hingga 5 orang
Produk-produk Ayam Brand boleh didapati di kedai-kedai runcit berhampiran anda, termasuk rangkaian, Aeon, Aeonbig, Econsave, Giant, Hero terpilih, Jaya Grocer, Lotuss, Mydin, Village Grocer, OTK, Checkers, Matahari, NSK, Pasaraya Econjaya, Sabasun, Pantai Timor, Billion, Sunshine, Nirwana, Tunas Manja, Pasaraya Hwa Thai, Maslee, Target, CS Brothers dan Family Store. Produk Ayam Brand™ juga boleh didapati di laman Ayam Brand™ Official di Shopee dan Lazada.
[1] https://nutritionreview.org/2013/04/medium-chain-triglycerides-mcts/
[2] http://food.ndtv.com/beauty/10-amazing-coconut-milk-benefits-for-hair-face-and-skin-1421580