(SEMASA) Tampil Sempurna pada Hari Raya ini dengan Aksesori Mewah yang Tidak Ditelan Zaman daripada Reebonz

Spread the love

Reebonz_003

Ramai di antara kita yang menyambut Hari Raya Aidilfitri, menganjurkan atau menghadiri banyak rumah terbuka, kita pun telah memilih fabrik dan warna yang sedondon pada setiap hari, atau mungkin juga kita hanya membeli baju biasa yang ada di kedai dan bukannya ditempah khas. Bagi mereka yang masih mencari pakaian yang sesuai, keadaan ini memang membuatkan kita rasa tidak keruan!

Namun begitu, pakaian yang direka dan dihias paling cantik sekali pun mungkin kelihatan kurang sempurna jika ia tidak dipadankan dengan aksesori yang betul seperti beg tangan, kasut, dompet atau barang kemas.

Reebonz (disebut sebagai ‘ribbons’), merupakan destinasi membeli-belah online untuk membeli dan menjual rangkaian terluas jenama mewah yang dipercayai di Asia. Ia menawarkan pilihan beg tangan, kasut barangan kulit dan barang kemas yang menarik untuk menyempurnakan lagi penampilan anda. Semua barangan yang dijual menerusi platform Reebonz sama ada baharu atau terpakai adalah dijamin keasliannya. Ia juga ditawarkan dengan penjimatan yang signifikan menerusi banyak jualan khas dilaman web ini.

Reebonz_006

Trend Untuk Hari Raya Aidilfitri

Para pakar di Reebonz telah memilih beberapa aksesori, warna, bentuk dan saiz yang penting untuk musim sebelum dan selepas perayaan buat semua stylista.

Rahsia keanggunan mengenakan aksesori pada Hari Raya adalah dengan memilih aksesori yang tidak ditelan zaman kerana ia juga boleh digunakan selepas musim perayaan. Sebagai garis panduan, pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya, jubah dan abaya memang sesuai dipadankan dengan berstruktur dengan rekaan klasik serta kasut bertumit yang elegan.

Warna-warna utama untuk Hari Raya kali ini ialah putih, kuning dan hijau serta warna-warna klasik seperti hitam dan tona emas untuk acara makan malam formal.

Kemewahan datang dalam beberapa peringkat dan harga online Reebonz sebelum diturunkan biasanya lebih menarik berbanding harga runcit yang dicadangkan di butik-butik. Untuk mendapatkan nilai terbaik di Reebonz, perhatikan barangan kegemaran anda ketika ia ditawarkan  pada harga terendah. Ia mungkin ditawarkan semasa jualan istimewa, penghabisan stok atau menjadi unit terakhir (sila rujuk contoh harga ‘serendah’ yang kami lampirkan).

Reebonz_004

Trend Beg Tangan  

Beg-beg Tote memang sangat praktikal dan ideal untuk ke tempat kerja atau bersantai pada hujung minggu. Memilih sebuah beg tote kulit yang berstruktur bersama perkakasan yang jelas boleh menambah kontras atau melengkapkan pakaian anda. Untuk Hari Raya ini, mungkin anda boleh mempertimbangkan beg Michael Kors Jet Set Medium Travel Multifunction Tote berwarna kuning terang (Sun), Sophie Hulme Mini Tote Saddle Bag yang nampak bergaya dan koleksi terkini kulit  saffiano Miuccia – Prada Saffiano Cuir Double Bag.

 

 Reebonz_002

Clutch pula menyerlahkan elegan dan sofistifikasi pemakai menerusi gayaannya yang kemas dan kompak, sama ada dipegang atau disangkutkan ke bahu. Imbas kembali glamor bintang Saloma pada tahun 60-an dan kebanyakan clutch yang beliau gunakan untuk dipadankan dengan baju kebaya sebagai inspirasi. Antara pilihan utama Reebonz ialah Christian Dior Medium Evening Clutch, Michael Kors Elsie Dome Clutch yang comel dan sesuai untuk semua majlis Hari Raya serta Saint Laurent Monogramme Clutch yang tampil klasik.

Keanggunan yang tidak dimakan masa juga boleh hadir dalam bentuk aksesori klasik yang membuatkan tetamu lain kagum dengan citarasa dan penampilan anda. Anda mungkin boleh mempertimbangkan Christian Dior Lady Dior Medium Bag, Fendi Shopping 2Jours Petite Tote berwarna kuning cair atau beg terpakai Chanel Classic Double Flap vintaj berwarna hitam.

Aksesori bergaya cukup ideal untuk wanita yang lincah. Sebagai contoh, M2Malletier La Collectionneuse yang menampilkan garis rekaan kemas dan pemegang besi yang unik, sekali gus menyerahkan pemakainya sebagai seorang yang individualistik. Céline Nano Luggage ialah aksesori klasik baharu yang dilihat dipakai oleh ramai wanita popular di dunia – ‘wajahnya’ yang menawan mampu menunjukkan sisi aneh anda. Givenchy Medium Antigona pula memiliki rekaan berstruktur dan lasak  dengan bentuk bulat yang pastinya akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya.

 

Dompet

Perincian membezakan seseorang wanita dengan yang lain. Pilihan Reebonz agar tampil sempurna termasuklah Miu Miu Matelassé Wallet On Chain yang boleh bertindak sebagai sebuah beg sandang yang comel, di samping Prada Saffiano Metal Long Flap Wallet dan Gucci Bamboo Tassel Zip Around Wallet. Beri dan terima duit raya dengan penuh gaya!

 Reebonz_005

Kasut

Kasut menyempurnakan penampilan wanita, dan kasut yang mewah membuatkannya lebih mengagumkan. Apabila menganjurkan rumah terbuka Hari Raya yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa, kasut Salvatore Ferragamo Vara 1 Pumps menggabungkan aspek keselesaan dan kelas. Christian Louboutin Pivichic 100 bertumit runcing menawarkan keselesan dan gaya. Ia juga menyerlahkan siluet untuk penampilan yang lebih elegan, atau jadi tumpuan apabila anda memakai Jimmy Choo Lang Sandals berwarna emas. Dunia akan berada di kaki anda.

“Reebonz dimodelkan dengan konsep ‘kemewahan yang mudah diakses’, menawarkan ahli-ahlinya dengan pilihan koleksi barangan mewah baharu dan terpakai daripada jenama terbaik di dunia. Keasliannya dijamin, selain proses pengesanan dan penghantaran tepat pada masanya yang memberikan dimensi baharu terhadap pengalaman membeli-belah barangan mewah secara online. Terutama ketika musim perayaan di mana anda ingin tampil menyerlah, tetapi tidak banyak masa untuk keluar membeli-belah. Maka, Reebonz adalah destinasi kemewahan terbaik anda,” kata Pengurus Besar Negara Reebonz Malaysia, Tang Siew Wai.

Nota:

RRP = Harga Runcit yang Dicadangkan (di Butik)

RSP = Harga Jualan Reebonz (Online)  à sebelum penurunan harga

Harga serendah “as low as” = Penghabisan stok, unit terakhir atau harga promosi yang tidak masuk akal – semua ahli perlu melihat peluang ini kerana ia tidak berlaku setiap hari! Dapatkan kod promo dan belajar bagaimana untuk menggunakan kredit pemasaran!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *