(SEMASA) Tawaran Hari Raya bagi Telefon Pintar Samsung Galaxy!

Spread the love


Kuala Lumpur, 8 Jun 2017 – Kekal bergaya dan menyerlah pada musim Aidilfitri ini dengan tawaran hebat Samsung Malaysia Electronics dari 8 Jun hingga 2 Julai 2017. Raikan bulan Syawal bersama Samsung Galaxy S8 dan S8+, Galaxy Note5 64GB, Galaxy C9 Pro, atau Galaxy A Series (2017) dan bawa pulang Kit Raya Percuma atau baucar membeli-belah dalam talian; ataupun rebat dengan setiap pembelian Galaxy J7 Prime atau Galaxy J5 Prime!

“Peranti Samsung Galaxy memang diminati oleh ramai rakyat Malaysia. Pencapaian kami setakat ini adalah didorong oleh sokongan  berterusan dan keyakinan pelanggan setia kami, dan justeru itu dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan tawaran eksklusif Hari Raya bagi peranti Galaxy kami sepanjang Syawal sebagai tanda penghargaan atas sokongan dan keyakinan pelanggan kami. Dengan pelbagai pilihan peranti Samsung, tentunya ada sesuatu istimewa untuk semua,’’ kata Hosea Heen, Ketua Perniagaan Mobile, Samsung Malaysia Electronics.

Beli sebuah peranti Galaxy S8 atau Galaxy S8+ baharu dalam tempoh promosi ini dan dapatkan e-baucar bernilai sehingga RM400 untuk pembelian peranti, tablet dan aksesori jenama Samsung. E-baucar ini boleh ditebus melalui aplikasi mySamsung dalam peranti Galaxy S8 atau S8+ baharu yang dibeli dalam tempoh promosi.

Manakala setiap pembelian peranti Galaxy Note5 64GB, Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series (2017) disertakan dengan sebilangan aksesori bagi menjadikan Raya anda lebih istimewa! Kit Raya Percuma ini mengandungi ‘3-in-1 Speaker’ bagi menyiarkan lagu-lagu Raya kegemaran anda, ‘Selfie Stick’ untuk membantu merakam detik-detik sempurna bersama keluarga, kad mikroSD 32GB (hanya untuk Galaxy C9 Pro dan Galaxy A Series 2017) atau USB OTG 32GB (hanya untuk Galaxy Note5 64GB) untuk menyimpan lebih banyak kenangan indah dan kipas mini USB (jenis mikro USB) bagi memastikan anda kekal nyaman – kesemuanya bernilai sehingga RM250! Bagi pembeli Galaxy Note5 64GB atau Galaxy C9 Pro, Samsung menyertakan Kit Raya Percuma bersama dengan waranti tambahan 1 tahun bernilai sehingga RM350 bagi setiap pembelian Galaxy C9 Pro (RM2,299) atau Galaxy Note5 64GB (RM2,399).

Pada bulan April lepas, Samsung turut mengumumkan rebat RM200 serta-merta bagi setiap pembelian Galaxy J7 Prime atau J5 Prime. Sempena bulan Ramadhan, Samsung melanjutkan promosi ini sehingga 2 Julai 2017. Rebutlah peluang ini untuk memiliki satu daripada model Galaxy J Prime dengan rebat khas ini, masing-masing pada harga RM999 (Galaxy J7 Prime) atau RM699 (Galaxy J5 Prime) selepas rebat RM200. Untuk menikmati tawaran ini, anda hanya perlu menukar beli sebuah peranti terpakai yang masih berfungsi[1].

Adakah anda sedia untuk beraya? Kunjungilah pengedar sah Samsung terpilih untuk menikmati tawaran  hebat ini sekarang!

Untuk butiran lanjut mengenai promosi ini, sila layari: www.samsung.com/my/raya2017.

 

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi sah sehingga stok masih ada. Harga promosi merangkumi GST.

###

Model RRP Promosi
 

Galaxy S8
Galaxy S8+

 

RM3,299

RM3,699

e-Baucar bernilai sehingga RM400 untuk pembelian peranti, tablet dan aksesori jenama Samsung
Galaxy Note5 64GB RM 2,399  

Raya Gift Pack #1 (bernilai RM350)

1.     USB OTG 32GB

2.     3-in-1 Speaker

3.     Selfie Stick

4.     Kipas mini USB (jenis mikro USB)

+

Waranti Tambahan 1 tahun

 

Galaxy C9 Pro RM 2,299  

Raya Gift Pack #2 (bernilai RM350)

1.     Kad mikroSD 32GB

2.     3-in-1 Speaker

3.     Selfie Stick

4.     Kipas mini USB (jenis mikro USB)

+

Waranti Tambahan 1 tahun

 

Galaxy A7 2017

Galaxy A5 2017

RM 1,899

RM 1,699

 

Raya Gift Pack #3 (bernilai RM250)

1.     Kad mikroSD 32GB

2.     3-in-1 Speaker

3.     Selfie Stick

4.     Kipas mini USB (jenis mikro USB)

 

Galaxy J7 Prime

Galaxy J5 Prime

RM 1,199

RM 899

 

Nikmati RM200 rebat – hanya menukar beli sebuah peranti terpakai yang masih berfungsi.

 

[1] Samsung menerima sebarang telefon yang masih berfungsi tanpa mengira keadaan fizikalnya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *