(SEMASA) TAYANGAN AMAL FILEM TAKDIR SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA 2018

Spread the love

Sempena Hari Wanita Sedunia 2018, Rousing Muses Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Kelab Wanita Ikon Malaysia telah mengadakan tayangan amal filem Takdir pada 8hb March 2018 jam 8.30 malam bertempat di Hall Of Fame, Level 1, Limkokwing University of Creative Tecnology, Cyberjaya. Program ini telah mendapat sokongan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan jabatan jabatan di bawah kementerian tersebut.

Selain dari tayangan amal ini program satu (1) hari bermula dari jam 10.00 pagi juga diisi dengan perbagai acara yang telah di susun Antaranya:
– Gerai gerai jualan
– Forum usahawan
– Demo masakan
– Pertunjukan fesyen

Tayangan amal filem Takdir merupakan acara kemuncak program yang telah di rasmikan oleh wakil kepada YB Dato’ Seri Hajah Rohani Abdul Karim ( Menteri KPWKM)

Kenapa filem Takdir? 》
Kerana filem Takdir terbitan Rousing Muses Picture Sdn Bhd arahan Shirin HJ. Khuzaimi adalah sebuah filem yang Iebih menjurus kepada kasih sayang dan penyatuan keluarga. Pembangunan sebuah keluarga yang penuh kasih sayang diterapkan peranan suami terhadap isteri bagi memberi keyakinan kepada isteri yang melawan kanser dan perbagai penyakit adalah sebahagian dari realiti kehidupan. Perlu ada nya kekuatan dalaman seseorang wanita utk melawan kanser tanpa rasa takut tentang risiko yg bakal di hadapi.

Mesej filem ini mengupas kisah kasih sayang di dalam sesebuah perkahwinan yang di uji dengan permasalahan hidup. Di zaman serba moden ini kebanyakan wanita memilih kerjaya dan memastikan mereka juga memyumbang dalam pembangunan sosioekonomi, kesejahteraan keluarga. masyarakat serta negara. Namun….masih ada lagi kes keruntuhan rumahtangga dan kepincangan dalam keluarga. Filem ini juga mengambarkan tentang realiti perjalanan kehidupan sesebuah institusi kekeluargaan yang mana dapat dikongsi bersama dengan jiwa, rohani serta nilai nilai sebuah kehidupan.

Menampilkan pelakon pelakon hebat seperti Siti Elizad Sarifuddin, Riezman Khuzaimi, Elisya Sandha, Keene Mentor, Connie Norlida Ahmad, Marissa Yasmin, Edika Yusof, lsma Daniel dll.

Untuk Wanita lkon pula yg menjadi orang kuat program ialah YBHG. Dato’ Normaziah Shaikh Mohamed atau Dato’ Azie. Beliau merupakan Presiden kepada Persatuan Kelab Wanita lkon Malaysia. Antara Wanita ikon yang turut hadir pada tayangan amal tersebut ialah YM Datin Raja Riza Shezmin (Presiden MERCY Malaysia), Datin Sharifah Shawati (lmej Consultant), TG. Mimi Wahedah (Model), Puan Mona Din ( Usahawan), Maznah Zukifli (Artis) dan lain lain lagi. Mereka ini  bekerja keras bekerjasama menjayakan program ini untuk mencapai 4 matlamat iaitu kebajikan ilmu, ekonomi dan kesihatan.

Sebahagian daripada kutipan tayangan amal filem TAKDIR ini akan disumbangkan kepada badan badan kebajikan di bawah Jabatan Pembagunan Wanita. Tayangan Amal ini akan berlansung sepanjang tahun ini dengan tema ”Tahun Memperkasa Wanita 2018″ keseluruh negeri termasuk Kedah, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah, Serawak dan Kuala Lumpur, Bermula dari bulan April 2018.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *