(SEMASA) Tema Ramadhan 2023 “Santapan Di Raja” Di Restoran Rebung

Spread the love

Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung 2023 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 23 Mac hingga 20 April 2023. Tema pada tahun 2023 ini adalah “Santapan Di-Raja’. Terdapat lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Rebung pada bulan Ramadan nanti.

Bermula daripada makanan pembuka selera (appetiser) sehinggalah ke pencuci mulut (dessert). Restoran Rebung masih mengekalkan sajian utama mereka iaitu daging salai masak lemak cili api,ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas dan lain lain lagi. Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.

 

Harga Bufet Ramadhan 2023

Dewasa : RM 99 nett

Kanak-kanak : RM 69 nett (umur 5-12 tahun)

 

Kemudahan Yang Disediakan

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. mengikut Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 60-80 orang.

Ruang Solat (Surau) lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking kereta disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.00 sekali masuk. (Parking awam)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *