(SEMASA) the Curve Memperkasakan Ibu Tunggal sempena Hari Raya  bersama Simply Cookies dan Persatuan Wanita Bersatu Berwawasan Malaysia

Spread the love

PETALING JAYA, 6 Jun 2017 – Bulan Ramadhan yang mulia akan dilalui dengan ibadah berpuasa, bermaaf-maafan, amal jariah dan sumbangan serta amalan kebajikan oleh penganut agama Islam di seluruh dunia. Bersempena dengan nilai-nilai murni ini, the Curve telah berganding tenaga dengan organisasi sosial, Simply Cookies dalam usaha mereka untuk memperkasakan golongan ibu tunggal, pada masa yang sama menyambut kemeriahan musim perayaan ini bersama anak-anak mereka.

Usaha sama selama lima minggu antara the Curve dan Simply Cookies merupakan inisiatif yang pertama seumpamanya bagi pusat beli-belah the Curve apabila ia menyediakan sebuah platform bagi organisasi sosial tersebut untuk menawarkan pelbagai produk mereka kepada para pengunjung.

Bersempena dengan pelancaran rasmi kempen Raya the Curve, Ahlan wa Sahlan to the Sheikh’s Manor, the Curve mengalu-alukan kedatangan pengurusan Simply Cookies bersama rakan organisasi sosial berkenaan, Persatuan Wanita Bersatu Berwawasan Malaysia (PWBBM), sebuah organisasi sokongan wanita yang berdedikasi dalam menyediakan bantuan kepada komuniti ibu tunggal dengan menyediakan keperluan asas, nasihat kewangan dan sebagainya kepada mereka.

Penyanyi-pencipta lagu, pelakon dan model, Ziaza Zain juga merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Setibanya mereka di the Curve, para tetamu dibawa ke Centre Court pusat beli-belah the Curve yang telah dihiasi untuk mempamerkan keindahan seni bina Islam klasik.

Rona-rona warna firus, putih dan biru digunakan dalam hiasan-hiasan di sekeliling Centre Court berserta sebuah air pancut yang menarik. Selain itu, barang hiasan yang dipamerkan serta hiasan mozek bercorak geometri halus yang disusun rapi menghidupkan lagi suasana di Centre Court bak sebuah mahligai indah. Kagum dengan suasana yang imersif berkenaan, para tetamu dilihat tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan khas buat mereka.

Memulakan acara pada petang ini adalah persembahan mempersonakan, Dance of Ahlan Wa Sahlan, oleh sekumpulan penari yang lengkap dengan kostum yang penuh berwarna-warni. Dinamik lagi sempurna antara setiap gerak tari dengan iringan muzik menyerlahkan suasana Ramadhan di kalangan penonton.

Encik Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Ia menjadi satu tradisi bagi the Curve untuk menyumbang kepada masyarakat. Sejak bertahun lamanya kami telah bekerjasama dengan pelbagai organisasi, tetapi usaha sama dengan Simply Cookies merupakan suatu yang baharu dan mengujakan. Lebih daripada sekadar membawa mereka di pusat beli-belah kami untuk diraikan pada majlis yang meriah ini, kami juga berbesar hati untuk memberikan sokongan terhadap usaha mereka dengan menyediakan ruang peruncitan percuma bagi jualan biskut-biskut mereka pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang kempen Raya kami.”

“Menerusi usaha sama ini, kami berharap kedua-dua organisasi dan kaum ibu akan mampu menghimpun dana yang bukan sahaja dapat mengukuhkan kedudukan kewangan mereka tetapi juga membantu bagi persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang bermakna bagi seisi keluarga. Kehadiran istimewa Simply Cookies, ibu-ibu dari PWBBM dan anak-anak mereka memeriahkan lagi pelancaran kempen Raya the Curve ini dan kami juga berharap mereka bergembira menghabiskan masa bersama kami pada hari ini,” Encik Jazmi mengakhiri kata.

Bagi menyempurnakan hari yang penuh bermakna itu, ibu-ibu dan anak-anak yang hadir pada majlis pada hari itu telah menerima cenderahati dan duit raya dari pihak the Curve serta Pesona Warisan, Nusantara Creations, La Divine dan Waarna.

Ibu-ibu tunggal berkenaan juga gembira apabila dapat membawa pulang selendang Ziana Zain’s World yang menjadi idaman ramai wanita dan juga duit Raya daripada penyanyi terkemuka itu sendiri. Kesemua 11 ibu tunggal dan anak-anak mereka telah kemudiannya dibawa ke restoran Ah Tuan Ee untuk disajikan dengan hidangan berbuka puasa yang enak.

Berlangsung dari 26 Mei sehingga 27 Jun 2017, kempen Hari Raya the Curve akan memperlihatkan pusat beli-belah berkenaan sibuk dengan pelbagai persembahan dan aktiviti menarik. Ia termasuk persembahan muzikal secara langsung, persembahan Gambus Raya dan Bengkel Seni Khat yang diadakan pada setiap hujung minggu dan hari cuti umum. Para pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan Jazzy Raya di sebelah malam hari Jumaat.

Sempena Hari Raya ini, para pengunjung yang membelanjakan RM200 dan ke atas dalam maksimum dua resit layak menerima Sampul Raya yang eksklusif, sementara mereka yang membelanjakan RM450 dan ke atas dalam maksimum dua resit boleh membawa pulang sebuah Set Pinggan Perayaan. Kesemua penebusan tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Para pengunjung the Curve juga digalakkan memberi sokongan terhadap Simply Cookies dengan mengunjungi gerai jualan mereka yang terletak di Ground Floor sepanjang kawasan The Street (berhadapan dengan kafe Starbucks Coffee) yang dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad sepanjang tempoh kempen.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Hubungan Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari www.thecurve.com.my atau laman Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *