(SEMASA) the Curve Raikan Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik dengan Sambutan Krismas ala Diraja

PETALING JAYA, 8 Disember, 2016 – Tiada keraian semeriah sambutan Hari Krismas seperti seorang raja! Dengan musim perayaan yang menjelang tiba, the Curve baru-baru ini menjemput sekumpulan kanak-kanak dari Rumah Ozanam, Petaling Jaya untuk bersama-sama meraikan kemeriahan Hari Krismas di pusat beli-belah berkenaan.

Kunjungan 31 tetamu muda bersama lima penjaga dimulakan dengan meriah apabila mereka dibawa ke CP Arcade di eCurve. Gelak tawa dan keriangan jelas kedengaran apabila tetamu-tetamu istimewa seronok bermain pelbagai pilihan permainan arked dan tunggangan yang terdapat di pusat hiburan itu.

Di samping itu, kanak-kanak tersebut tampak gembira dan ceria apabila melihat istana yang tersergam indah di Centre Court the Curve. Dihias indah dengan perhiasan Krismas, lampu candelier yang bergemerlapan ditambah juga dendangan irama muzik yang dimainkan sekali gus menambahkan lagi suasana girang sambutan Hari Krismas kali ini.

Seiring dengan kempen Hari Krismas the Curve yang bertemakan Princess Anastasia’s Mesmerising Christmas Gala, program utama pada petang tersebut merupakan persembahan muzikal mempersonakan yang memaparkan Puteri Anastasia. Persembahan tersebut menarik perhatian kanak-kanak yang hadir sambil mereka menyaksikan gerak tari penuh gemalai oleh para penari yang berpakaian kostum penuh berseri, meraikan musim perayaan ini.

Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar the Curve berkata, “Hari ini merupakan hari yang penuh bermakna bagi kami di the Curve. Peluang untuk berkongsi kegembiraan dan keriangan sempena sambutan perayaan akhir tahun bersama kanak-kanak ini merupakan suatu yang menyeronokkan. Kami berharap tetamu muda dari Rumah Ozanam bergembira dengan pelbagai acara yang disediakan bagi mereka pada hari ini. Kami amat berbesar hati dan berharap agar dapat berkongsi kegembiraan dan memberikan sokongan kepada komuniti-komuniti kurang bernasib pada masa akan datang.”

Acara sambutan tidak sempurna tanpa jamuan makan malam yang enak sekali! Untuk mengakhiri hari yang penuh keseronokan, kanak-kanak berkenaan diraikan dengan menikmati hidangan makan malam yang enak, tajaan bersama Paddington House of Pancakes. Setiap kanak-kanak tersebut juga menerima sebuah bag hadiah sumbangan the Curve.

Dari 25 November 2016 sehingga 1 Januari 2017, para pengunjung the Curve pasti tidak mahu melepaskan pelbagai tarikan yang disediakan sepanjang musim perayaan ini. Persembahan muzikal yang menakjubkan diadakan dua kali sehari pada setiap hujung minggu dan Cuti Umum (kecuali pada 13 Disember 2016). Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dan persembahan lain turut dianjurkan sepanjang kempen berlangsung!

Sebuah Khemah Permainan Kanak-Kanak tersedia untuk penebusan bagi para pelanggan yang membelanjakan sebanyak RM550 secara minimum (atau RM500 bagi pemegang kad UOB) dalam maksimum dua resit dari mana-mana kedai di the Curve. Kesemua penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Mahu mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Hari Krismas the Curve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau layari laman web www.thecurve.com.my atau Facebook www.facebook.com/theCurveShoppingMall.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *