(SEMASA) “THE ORANGE CALLS”: KTM MALAYSIA RAI SEMANGAT ADVENTURE DENGAN HADIAH BERNILAI HINGGA RM41,500

Spread the love

Rawang, 9 Mei 2026 — Sempena pelancaran siri KTM 390 serba baharu, KTM Malaysia menghimpunkan penunggang dari seluruh negara menerusi acara KTM Fun Ride. Dianjurkan dengan tema “≠1 Two Worlds, Zero Excuses”, pengalaman tunggangan off-road sehari penuh di KEV Advenduro Park meraikan komuniti penunggang adventure Malaysia dengan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM41,500, termasuk hadiah utama sebuah KTM 390 Adventure R bernilai RM33,300, selain barangan eksklusif KTM PowerWear.

Kemuncak acara menyaksikan Encik Masri Ee, lebih dikenali dalam komuniti penunggang sebagai Wakz, muncul sebagai pemenang hadiah utama KTM 390 Adventure R. Sebagai pemilik perniagaan pakaian motosikal dan peminat tegar aktiviti off-road, Wakz merupakan antara ramai penunggang yang menyertai acara tersebut.

“Saya sertai acara ini sekadar untuk berseronok, jadi kemenangan motosikal ini memang tidak dijangka. Terima kasih kepada KTM Malaysia kerana menghimpunkan kami melalui acara ini, dan saya tidak sabar untuk meneruskan lebih banyak pengembaraan bersama KTM 390 Adventure R, terutama dengan keupayaan dwi-fungsinya yang versatil,” katanya.

Selain pengalaman tunggangan, KTM Fun Ride turut mengukuhkan kedudukan gaya hidup KTM Malaysia sambil memperkasakan budaya off-road dan adventure yang semakin berkembang di negara ini. Dikenali di peringkat global dengan reputasi off-road tanpa kompromi dan DNA ‘READY TO RACE’, KTM Malaysia mengalu-alukan penunggang daripada semua jenama motosikal, sekali gus mewujudkan platform komuniti untuk berkongsi minat yang menjadi identiti penunggang KTM di seluruh negara.

“ORANGE BLOOD kembali memeriahkan arena. Terima kasih atas sokongan berterusan dan kerana menjadi sebahagian daripada sambutan penuh bermakna sempena kemunculan semula KTM yang telah lama dinantikan. Melihat penunggang dari pelbagai latar belakang bersatu melalui KTM Fun Ride membuktikan semangat jenama kami terus hidup dan semakin kuat dalam komuniti off-road Malaysia,” kata Encik Goi Seong Keng, Pengurus Pemasaran Nasional KTM Malaysia.

Susulan pelancaran yang berjaya dan sambutan memberangsangkan, KTM Malaysia akan terus mendekati peminat menerusi pelbagai aktiviti akan datang termasuk Eurotech Road Tour, di mana siri KTM 390 serba baharu akan menjadi tarikan utama menerusi pameran, sesi tunggang uji dan pengalaman eksklusif di beberapa lokasi utama:

Wilayah Tarikh & Lokasi
Tengah 14–17 Mei 2026 — MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur
Utara 22–24 Mei 2026 — Auto-City, Pulau Pinang
Pantai Timur 11–13 Jun 2026 — KTCC Mall, Terengganu
Selatan 19–21 Jun 2026 — Toppen Shopping Centre, Johor

Untuk maklumat lanjut mengenai model baharu siri KTM 390, orang ramai boleh menghubungi pengedar sah KTM di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Semua pengedar sah KTM Malaysia telah menjalani latihan khas oleh KTM dan menerima pensijilan antarabangsa daripada KTM Austria bagi memastikan pelanggan menerima servis daripada mekanik profesional bertauliah.

Untuk maklumat lanjut pengedar KTM :

https://www.ktmmalaysia.com/discover-our-dealers/

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *