(SEMASA) TISU MUKA WANGI KLEENEX® 3-LAPIS YANG PERTAMA MENGGUNAKAN SAINS DI SEBALIK WANGIAN UNTUK MENGINSPIRASI PENGALAMAN INDAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Spread the love

Share The Power Of Scent With Kleenex 3-Ply Scented Facial Tissues_lores

Kuala Lumpur, 17 November 2015: Bau wangi pakaian yang baru dibasuh, aroma biskut yang dibakar dalam ketuhar, atau haruman semerbak bunga yang sedang mekar memang tidak disangkal dapat mengukir senyuman di wajah kita. Wangian yang mengasyikkan ini menyemarakkan semangat kita, menjadikan kita lebih positif dan bermaya, walaupun kita berada dalam keadaan yang tertekan atau membebankan.

 

Kleenex® memperkenalkan cara baharu untuk menikmati kelembutannya, dengan seduhan wangian pati minyak ros atau bunga sakura ke dalam Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis, yang memberikan pengalaman yang indah dan bermakna kepada pengguna.

Terdapat kajian penting yang menyokong pertalian di antara wangian dan kesejahteraan seseorang, di mana rangsangan bau merupakan salah satu cara seseorang berinteraksi secara langsung dengan keadaan sekeliling mereka. Profesor Charles Spence daripada Universiti Oxford, seorang pakar dalam pengalaman pelbagai deria, mendapati wangian boleh mempengaruhi bagaimana seseorang menghubung kaitkan perasaan mereka. Contohnya, peserta dalam sebuah kajian menilai beberapa fabrik sebagai lebih lembut apabila terdapat bauan lemon berbanding dengan apabila fabrik tersebut mempunyai bauan seperti binatang. [i]

Kleenex_ Introduces a New Way to enjoy its Softness, Infusing Floral Fragrances into Kleenex_ 3-Ply Scented Facial Tissues_lores

Seorang lagi pakar dan penulis, Jane C Anderson, turut menegaskan kepentingan bau, memandangkan ia adalah deria yang paling memberi impak dan berlarutan. [ii]

Secara khususnya, wangian bunga-bungaan sememangnya diakui dapat mengggalakkan penampilan yang lebih optimistik dan ini akan memberikan kesan positif apabila berinteraksi dengan orang lain[iii] – cuba bayangkan apakah kesan sebungkus Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis kepada seluruh rumah dan pejabat, atau apabila dibawa di dalam beg tangan!

“Walaupun terdapat pelbagai kajian, kepentingan bauan selalunya dipandang remeh. Melalui Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis, kami menawarkan cara baharu kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman ini,” kata Encik Raman Tarun, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Dengan memasangkan wangian mawar dan bunga sakura dengan kelembutan tisu muka Kleenex® yang sememangnya terkenal, kami telah menghasilkan gabungan pelbagai deria untuk memberikan pengaruh positif kepada kehidupan seharian dan perhubungan kita.”

“Pada dasarnya, setiap kali seseorang menggunakan tisu muka wangi kami, ia akan mengubah perlakuan membersih yang biasa kepada pengalaman deria yang akan menyemarakkan semangat mereka, menjadikan segalanya lebih mudah untuk menghadapi sebarang situasi dalam kehidupan seharian.”

Untuk memperkenalkan keluaran baharu yang mengujakan ini, rakyat Malaysia dijemput menyertai gerakan “kuasa kewangian” melalui aktiviti media social – serlahkan kelembutan dan kewangian dalam kehidupan seharian anda dan kehidupan orang tersayang dengan mendapatkan sampel Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis terbaru di http://powerofscent.kleenex.com.my dan kongsikan mesej-mesej yang menyemarakkan semangat di media sosial dengan hashtag #KleenexPowerofScent.

Dapatkan Tisu Muka Wangi Kleenex® 3 – Lapis terbaru dalam bungkusan kotak (RM10.30 untuk empat bungkusan 74 helai dan RM 14.55 untuk empat bungkusan 114 helai) dan pek kecil (RM5.35 untuk empat bungkusan 46 helai).

 

Untuk lebih maklumat tentang Kleenex®, layari halaman Facebook Kleenex Malaysia (www.facebook.com/Kleenex.Malaysia) atau hubungi Talian Khidmat Pelanggan Kimberly-Clark di 1-800-82-1188 (bebas-tol) pada hari minggu dari 9 pagi hingga 5 petang.

[i] Demattè MLSanabria DSugarman RSpence C. Cross-modal interactions between olfaction and touch. Chem Senses. 2006 May;31(4):291-300.

[ii] Jane C Anderson, The De-Cluttered School (2010)

[iii] LiveScience. Smell of Success: Scents Affect Thoughts, Behaviours. http://www.livescience.com/14635-impression-smell-thoughts-behavior-flowers.html


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *