(SEMASA) TOP Micro Clean Tech Ketuai CSR ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP & AEON Big’ Untuk Memberikan Baju Sekolah Baharu Kepada 400 Kanak-kanak Kurang Bernasib Baik

Spread the love

Subang Jaya, Disember 28, 2016 – Jenama detergen  nombor 1 Malaysia[1] , TOP hari ini memperkenalkan barisan Micro Clean Tech yang berevolusi kepada para pelanggan AEON Big yang sentiasa menyokong jenama berkenaan dan juga kempen tanggungjawab sosial koporat (CSR) ‘Cerahi Kehidupan Bersama  TOP & AEON Big’.

Kempen berkenaan telah berjaya mengumpulkan dana yang mencukupi untuk membeli pakaian seragam sekolah baharu untuk 400 kanak-kanak kurang bernasib baik dari 16 buah rumah kebajikan di seluruh negara.

Kempen sumbangan 30 sen daripada setiap pembelian barangan terpilih TOP di pasaraya-pasaraya AEON Big seluruh negara dengan kerjasama antara TOP dan AEON Big yang dijalankan pada 14 November hingga 14 Disember itu diadakan bertujuan untuk memberikan keperluan persekolahan kepada kanak-kanak berusia antara 7 hingga 17 tahun yang berada di rumah-rumah kebajikan tersebut.

Jenama berkenaan berusaha sedaya-upaya untuk meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam kempen mengumpul dana kebajikan berkenaan dengan mengadakan roadshow di pasaraya-pasaraya AEON Big di seluruh negara.

Penyerahan peralatan persekolahan berkenaan kepada kanak-kanak dari Trinity Home dan Rumah Nur Qaseh telah disempurnakan oleh Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo dan Pengarah Nilai Koporat & Perhubungan AEON Big, Tuan Haji Rashid Adam dalam satu majlis penamatan kempen yang diadakan di Ibu pejabat AEON Big di Subang Jaya, hari ini.

Pakaian-pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan yang terlibat di seluruh negara boleh diambil sebelum sesi persekolahan bermula, memberikan kanak-kanak satu ketenangan dalam menuju ke punjak kejayaan dengan baju sekolah baharu.

Ini tampak jelas di wajah dan senyuman kanak-kanak yang hadir pada majlis penyerahan ini dengan memakai baju seragam sekolah yang baharu.

Kempen amal ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ ini diadakan untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik supaya mereka mempunyai pakaian seragam yang baharu dalam permulaan sekolah serta memberikan sokongan emosi dan psikologi. Setiap tahun, TOP bekerjasama dengan  rangkaian runcit yang terkemuka, seperti AEON Big untuk mengalakkan ramai konsumer untuk memberikan bantuan.

Pada masa yang sama, para pelanggan AEON Big juga dapat mengenali TOP yang dibangunkan oleh LION Corporation Japan cukup dikenali kerana sentiasa mengutamakan konsep kehidupan bersih yang menyeluruh. Ia juga menggalakkan cucian yang lebih bersih, selesa dan kehidupan lebih baik menerusi inovasi berterusan teknologi termaju Jepun.

TOP Micro-Clean Tech mengandungi ciri Anti-Sebum yang tembus jauh ke dalam teras fiber untuk menghapuskan kotoran sebum dan peluh dengan lebih berkesan.

Cogan kata TOP Micro-Clean Tech – “Belum bersih sehingga mikro bersih” menggambarkan pencapaian teknologi pencuci yang memberi kuasa kepada siri ini.   TOP Micro-Clean Tech membersih secara menyeluruh kotoran yang tidak kelihatan seperti peluh dan sebum yang terperangkap jauh di dalam serat fabrik.

Peluh dan sebum adalah antara punca utama bau dan kekotoran pada pakaian terutama di kawasan seperti lengan dan kolar, meninggalkan pakaian putih menjadi kekuningan dan kotor manakala pakaian berwarna menjadi pudar.

Pada majlis berkenaan juga, Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo telah menyampaikan penghargaan kepada AEON Big dan para pelanggannya di atas sumbangan yang memberikan harapan dan kegembiraan kepada 800 kanak-kanak sejak dari tahun lepas melalui kempen yang sama.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan AEON Big dan para pelanggannya yang telah menyokong inisiatif yang amat dekat dengan hati kami dan amat bermakna bagi kanak-kanak yang memerlukannya. Sokongan ini memberikan harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak ini dan mereka kini boleh memandang ke hadapan untuk memulakan persekolahan dengan pakaian seragam baharu seperti rakan-rakan yang lain.

“TOP merupakan penginovasi teknologi detergen tanpa tandingan di Malaysia dan telah terbukti dengan mendahului pasaran. Kami amat berbesar hati kerana dapat berkongsi revolusi pencuci Micro Clean Tech™ dengan AEON Big dan para pelanggannya sebagai balasan kepada sokongan hebat yang diberikan. Maklum balas daripada para pelanggan yang menyokong kempen Cerahi Kehidupan dan mencuba formulasi baharu ini amat memberangsangkan!” kata Carmen.

Para pengguna boleh mencuba kelebihan TOP Micro-Clean Tech yang terbaharu dalam bentuk serbuk pencuci TOP Super White, Super Hygenic, Blooming Freshness dan Super Colour. Untuk barisan cecair pencuci TOP, mereka boleh memilih daripada barisan Stain Buster, Brilliant Clean, Blooming Pleasures (produk terbaharu), Odour Buster dan Colour Protect.

TOP Micro-Clean Tech juga boleh didapati dalam formula rendah buih – Super Low Suds (serbuk) dan Smart Clean (cecair) yang dirumus khas untuk mesin basuh muatan hadapan bagi mendapatkan cucian lembut yang berkesan dan cekap.

Untuk maklumat lanjut sila lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungan talian khidmat pelanggan kami di 1800-88-0133.

16 rumah kebajikan yang mendapat sumbangan ini ialah:-

Alor Setar
1. Rumah Superkids
2. Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda
Selangor
3. Society of St. Vincent De Paul and Raumah Ozanam
4. Rumah Trinity
KL
5. Rumah Sayangan
6. Rumah Victory Children & Youth Home
7. Rumah Anak Yatim Nur Qaseh Taman Melawati
Johor
8. Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah
9. Pusat Kebajikan Care Haven
10. Pertubuhan Kebajikan Puspanesam
Penang
11. The Salvation Army Children Home
12. Persatuan Kebajikan Anak Yatim islam Pulau Pinang
Perak
13. The Salvation Army Children Home
14. Rumah Anak Yatim Nur Kasih Ipoh
Kuantan
15. Badan kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah
16. Rapha Children’s Homes

[1] [1] Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk Kategori Pencuci bagi tempoh 12  bulan berakhir November 2016 di Malaysia (Hak Milik Terpelihara) Nielsen Company (M) Sdn Bhd)


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *