(SEMASA) TUNE TALK & Afdlin Shauki lancarkan Sim Kad ” Bebaskan Palestin “

IMG_9814

KUALA LUMPUR : 17 APRIL 2013 – Dalam usaha memberi sumbangan kepada rakyat Palestin, syarikat perkhidmatan prabayar dengan kadar terendah di Malaysia, Tune Talk dan Afdlin Shauki melancarkan sim kad “ Bebaskan Palestin “. Dengan konsep “ Use & Donate “ , pengguna sim kad ini perlu menambah nilai RM30 sebulan dan secara automatik RM3 akan disumbangkan kepada tabung amal Palestin tanpa menolak nilai kredit pra-bayar.

IMG_9829

Afdlin Shauki yang merupakan Duta Rasmi Aqsa Syariff berkata beliau amat berbesar hati apabila pihak Tune Talk sudi berkerjasama untuk projek amal ini dan juga berharap agar orang ramai mengambil peluang untuk melakukan sumbangan kepada yang lebih memerlukan.

sim alaqsaSDMALLgmo

Turut hadir pada sidang media ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif , Tune Talk iaitu Jason Lo dan Pengarah Aqsa Syarif Berhad iaitu Prof. Dr. Hafizi Mohd Noor.

903242_10152735526200527_1856857813_o

Sim kad ini boleh didapati melalui  Vision Works Sdn Bhd dan Aqsa Syarif Berhad yang mempunyai 14 cawangan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

untuk info :

http://www.facebook.com/afdlinshauki

http://www.facebook.com/tunetalk

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *