(SEMASA) ULTRA 101.3FM dilancarkan

Spread the love

fairus-1

Pendengar radio di Lembah Klang akan dapat menikmati sesuatu yang baru iaitu ULTRA fm. ULTRA 101.3 yang membariskan senarai penyampai popular seperti Jimmy Shanley, Mamat Sepah, Sharifah Shahirah, Mon Ryanti dan juga Fizi Ali bakal menggegarkan lagi industri penyiaran radio tanahair. 

fairus-3

Menampilkan konsep kepelbagaian dari segi muzik yang disajikan, dan juga tumpuan ke atas berita dan informasi yang berlaku di sekitar Lembah Klang, stesen ini bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan bandaraya Selangor dan Kuala Lumpur melalui kehidupan dengan lebih peka terhadap persekitaran mereka. Antara yang disalurkan adalah berita kesesakan, kemalangan, jenayah, aktiviti, program dan perayaan yang terkini.

Selain menyalurkan informasi dengan pantas, stesen ini sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat kerana kepelbagaian lagu lama dan baru yang menepati citarasa pendengar.

Gabungan lagu-lagu lama dan baru, menghasilkan sebuah stesen radio yang menyajikan adunan muzik kesukaan ramai. Tambahan lagi, stesen ini akan memberi peluang kepada ramai pemuzik tanahair untuk mengenengahkan karya mereka untuk dimainkan kepada para pendengar.

Pemilihan lagu pasti tidak akan lengkap tanpa penyampaian yang menarik dan menghiburkan. Stesen radio ini akan memperkenalkan bakat-bakat baru dan lama, dengan cara penyampaian mesra dan kreatif yang pasti akan menceriakan kehidupan para pendengar. Personaliti-personaliti ini dipilih bukan sahaja berdasarkan bakat dan penyampaian yang bertenaga, tetapi juga kerana mereka merupakan antara wakil yang terbaik untuk menyampaikan isu-isu yang dilalui oleh warga pendengar di Lembah Kelang.

ULTRA-Logosmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *