Hari ini portal Galaksi Media Online (GMO) telah diberi peluang untuk berkongsi proses ‘unboxing’ Smartphone Huawei Honor 7 bersama-sama pembaca maya. Pihak GMO telah diberikan satu produk baru yang masih di dalam pembungkusan rapi oleh pihak Huawei.
Seperti yang sedia maklum, Smartphone Huawei Honor 7 telah dipasarkan di pasaran Malaysia sekitar bulan September 2015 dengan harga permulaan RM 1399 pada ketika itu. Bagi pemerhati pasaran telefon bimbit ketika itu, Huawei telah mengambil peluang menghasilkan telefon pintar siri honor yang berkualiti , berprestasi tinggi dan harga yang mampu milik . Secara tidak langsung berpotensi untuk menyaingi telefon pintar utama Huawei P8 yang dilancarkan di pasaran Malaysia sebelum ini.
Lihat gambar-gambar proses ‘unboxing’ Smartphone Honor 7 :
Spesifikasi Huawei Honor 7 (English)
Product Status | New ! |
Band | 4G / LTE |
Dimension | 143.2 x 71.9 x 8.5 mm (5.64 x 2.83 x 0.33 in) |
Processor | Hisilicon Kirin 935 4 * A53 2.2GHz + 4 * A53 1.5GHz |
RAM | 3 GB / 4 GB |
Internal Storage | 16GB / 64 GB |
Micro SD Slot | microSD, up to 128 GB (uses SIM 2 slot) |
Display (inches) | 5.2 inches (~72.4% screen-to-body ratio) |
Resolution (px) | 1080 x 1920 pixels (~424 ppi pixel density) |
Rear Camera | 20MP |
Front Camera | 8 MP |
Operating System | Android Lollipop |
Sim | Dual SIM |
Battery Capacity | Non-removable Li-Po 3100 mAh battery |
What’s In The Box | AC Adaptor, USB Cable |
Warranty | 1 Year by Huawei Malaysia |
Model Code | PLK-L01 |
Huawei Honor 7 juga didatangkan dengan 3GB RAM untuk model 16GB memori. Huawei Honor 7 mempunyai kelebihan 20 MP (megapixels) kamera dengan auto fokus, dual LED flash dan Optical Image Stabilization. Ciri 8MP (megapixels) untuk kamera hadapan akan menjadi tarikan kepada peminat tegar aksi ‘Selfie’. Akhir sekali kelebihan dari segi ciri keselamatan ‘ fingerprint sensor’ dan tidak lupa pengecasan pantas (fast charging) untuk model ini.