(SEMASA) “unboxing”  TF Generations  TRANSFORMERS COMBINER WARS (MENASOR)

Spread the love

ok IMG_20160516_074628Hari ini pihak Galaksi Media Online (GMO) diberi peluang untuk berkongsi dengan para pembaca portal mengenai  proses “unboxing” permainan yang menjadi kegilaan pada zaman kanak-kanak penulis, apa lagi kalau bukan karakter permainan atau kartun TRANSFORMERS. Pihak Galaksi Media Online amat berterima kasih kepada pihak Hasbro Toy Malaysia kerana sudi menghadiahi TF Generations  COMBINER WARS (MENASOR) untuk dijadikan subjek ‘review’ pada kali ini.

g1

Apa itu TRANSFORMERS?

Bermula dengan  G1 atau Generation 1 (Generasi Pertama) ia mengenai ‘robot alien atau robot makhluk asing’  yang  berasal dari planet Cybertron, dan mempunyai dua kumpulan utama. Kumpulan pertama adalah kumpulan berwatak wira/hero bernama Autobots yang dipimpin oleh Optimus Prime/Rodimus Prime dan kumpulan penentang/penjahat yang digelar sebagai Decepticons yang dipimpin oleh Megatron/Galvatron. Kesemua robot ini memiliki kemampuan untuk berubah dan menyesuaikan bentuk tubuh mereka dengan membentuk dan berubah menjadi pelbagai model benda-benda yang ada di muka Bumi seperti kendaraan darat, pesawat terbang, haiwan, dan alat-alat elektronik moden (contohnya handphone dan CD player). Mereka juga mampu bergabung di antara satu menjadi satu robot yang lain dan membentuk robot yang bersaiz besar serta lebih perkasa.TRANSFORMERS COMBINER WARS MENASOR by HASBRO

Ketika pihak Galaksi Media Online (GMO) menerima set TRANSFORMERS COMBINER WARS MENASOR, penulis agak terpesona melihat saiz kotak tersebut yang agak besar tapi masih mampu untuk dipegang dan dibawa balik dengan selamat memandangkan penulis menggunakan kenderaan dua roda untuk membawa pulang set permainan tersebut.

ok IMG_20160516_074628

ok IMG_20160516_074700

Di dalam set tersebut, terdapat 6 kenderaan (5 bersaiz besar dan 1 bersaiz kecil) serta pelbagai aksesori seperti contoh pedang serta perisai.

ok IMG_20160516_075315Set TRANSFORMERS COMBINER WARS (MENASOR) juga dibekalkan dengan lampiran “instruction” untuk membentuk set permainan tersebut serta satu hadiah istimewa dalam bentuk poster bergambar yang disertakan bersama.

IMG_20160516_075451

Set TRANSFORMERS COMBINER WARS MENASOR terdiri daripada 6 karakter permainan robot iaitu, MOTOMASTER, DRAGSTRIP, DEAD END, BREAK DOWN, BRAKE-NECK serta BLACKJACK (model robot ini bersaiz lebih kecil daripada model-model lain).

ok IMG_20160516_075809small

Pihak Galaksi Media Online (GMO) telah berjaya memasang permainan robot tersebut seperti dalam gambarajah di bawah :

ok IMG_20160516_090929-horz

MOTOMASTER

ok IMG_20160516_075917-horz

DRAGSTRIP

ok 4 IMG_20160516_075917-horz

DEAD END

ok IMG_20160516_075905-horz

BREAK DOWN

ok 0IMG_20160516_075905-horz

BRAKE-NECK

ok IMG_20160516_075859-horz

BLACKJACK

ok IMG_20160516_075823-horz

Setelah digabungkan dan membentuk robot yang lebih besar dan perkasa seperti di dalam gambar.

ok IMG_20160516_103342

ok IMG_20160516_103342paint SIAPeditNO

 

 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *