(SEMASA) Vitalicia SUPERMODEL glow serap seri dan sinar cantik dalam dan luar

KUALA LUMPUR, 23 Apil 2019: “Do you wanna LOOK like a supermodel, BE like a supermodel, FEEL like a supermodel? Let’s unleash the supermodel within with VITALICIA SUPERMODEL GLOW! ,” demikian kata Aleeya Zailan selaku Pengasas & Pengarah Urusan Vitalicia Sdn Bhd.
Suplemen revolusi baru, Vitalicia Supermodel Glow kini dilancarkan dan Aleeya, 34, optimis memberikan golongan wanita termasuk lelaki seri dan sinar bak Supermodel.

Kenapa perlambangan atau contoh supermodel yang menjadi penanda aras kepada produk ini? Atau makan produk ini sebab nak berangan jadi supermodel? Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran.
Namun Aleeya ada alasan konkrit dan tersendiri kenapa suplemen Vitalicia Supermodel Glow ini memilih terma ‘supermodel’ sebagai sasaran kepada keberkesanan produk itu. “Supermodel ni ada macam-macam size mereka, tak semua supermodel kurus dan tak semua supermodel putih melepak. Jadi saya nak “educate” rakyat Malaysia untuk lebih yakin dengan diri mereka.

Cuma dengan Vitalicia, kite boleh bantu semua wanita dan lelaki untuk “enhance” lagi kulit mereka untuk lebih cerah berseri di samping meningkatkan kadar imunisasi dan menurunkan berat badan.”

“Saya percaya dalam diri kita sebagai manusia tak kira lelaki atau perempuan pasti ada contoh atau idola yang kita mahu jejaki. Bukan saja dalam soal kerjaya, demikian juga dalam soal kecantikan serta penampilan diri. Ada yang suka tengok artis atau tokoh terkenal dalam pelbagai bidang sebagai rujukan terbaik untuk mengejar cita-cita.

“Saya sendiri tak terkecuali. Kalau bab supermodel, saya paling sukakan Tyra Banks. Saya memang peminatnya dan sering mengikuti program America’s Next Top Model bermusim musim dianjurkannya. Saya lihat dia banyak gilap ramai wanita yang tiada keyakinan dan lemah semangat untuk mengeluarkan sisi ‘fierce’ dalam diri demi menjadi supermodel.

“Selalu kalau tengok program itu, memang akan berangan nak jadi macam supermodel. Malah, saya sendiri kalau menghadiri pertunjukan fesyen pun makan hati melihat bentuk badan model yang memperaga pakaian. Dalam hati terbit rasa nak dapat badan macam mereka yang langsing dan cantik. Lalu hadirlah ilham produk suplemen, Vitalicia Supermodel Glow yang selamat untuk digunakan tanpa ada bahan kimia. Ia selamat digunakan tanpa was was, katanya yang turut mahu mendidik masyarakat menghargai produk bebas kimia.

Menjadi wanita bergelar isteri dan ibu juga sering membuat Aleeya sendiri berdepan kenaikan berat badan mendadak terutama selepas melahirkan anak.

“Saya percaya semua wanita yang mengandung dan melahirkan anak akan berdepan masalah sama iaitu berat badan naik mendadak. Memang tak boleh elak. Setiap kali lalui fasa itu, berat badan saya akan naik. Ia realiti.
“Pernah berat saya cecah 80 kilogram. Memang kalau mengandung, saya kena terima hakikat akan naik dua tiga kilogram. Memang tertekan. Bab berat badan ini ada kalanya jadi isu yang tiada henti terutama untuk golongan wanita. Saya pula jenis yang suka memasak dan makan, jadi terpaksa akur dengan hal ini.

“Tapi kini berat saya mencecah 50 kilogram dan Vitalicia Supermodel Glow menjadi penyelamat. Saya sudah jatuh hati dengan Vitalicia Supermodel Glow. Saya yakin mereka di luar sana juga akan jatuh hati kelak,’ katanya.
Vitalicia Supermodel Glow sebenarnya diilhamkan daripada nama anak ketiga saya, Alicia Aleena kini berusia 10 bulan.

“Vitalicia Supermodel Glow menjadi produk ketiga yang saya keluarkan. Ia diinspirasi menerusi nama Alicia sendiri. Macam sebelum ini produk penjagaan kulit saya, Avenys juga diambil ilham daripada nama anak sulung, Eva Natasha berusia sembilan tahun.

“Anak kedua saya yang diberi nama Aaron Aziz (7) pun sudah mula tanya bila pula nak keluar produk guna inspirasi namanya. Tapi dia patut rasa istimewa kalau tak ada produk namanya sekalipun, namanya sama seperti pelakon Aaron Aziz,” seloroh Aleeya.

Berkongsi rahsia kecantikannya, Aleeya berkata dia mempraktikkan penggunaan Vitalicia Supermodel Glow beserta losyen atau serum dan menyapu di mukanya, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
“Vitalicia Supermodel Glow telah dibangunkan sejak hampir tiga tahun. Maklum balas awal cukup positif dan sangat menggalakkan dengan 95% pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit setelah memakan Supermodel Glow secara teratur dan konsisten selama tiga minggu.

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan kulit anda bersih dan bersinar tanpa sebarang solek. Harganya mampu milik dan dijual pada RM89 untuk sekotak dengan memiliki 14 sachet yang bertahan selama dua minggu. Ia kini boleh didapati secara dalam talian di www.vitalicia.com.my dan melalui pengedar sah di seluruh negara. Ia adalah solusi tepat bagi mereka yang ingin memperbaiki kesihatan keseluruhannya.

“Kami mengharapkan Vitalicia dapat diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Menerusi tempahan awal, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi hit di pasaran. Kami berhasrat untuk memasarkan 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2019.

Kepada yang mahu menempah produk ini boleh menghantar whatsapp ke talian +60195009400. Pihak mereka juga sedang mencari ejen untuk terus meluaskan jenama ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *