(SEMASA) Wajah Aurawhite Pertama

Spread the love

aura 1

Pencarian Wajah Aurawhite yang digelar sebagai rancangan realiti bersiri online pertama di Malaysia mula disiarkan pada bulan April dengan setiap episod disiarkan di laman web www.aurawhitetv.com pada setiap hari Selasa dan Jumaat. 12 peserta terpilih melalui proses ujibakat berperingkat bertanding untuk mengejar gelaran sebagai Wajah Aurawhite 2015 dengan melalui pelbagai cabaran dalam setiap episod yang menguji keupayaan dan potensi mereka menjadi jurucakap syarikat tersebut.

Setiap episod para peserta dinilai oleh panel juri professional dan di samping itu mendapat undian daripada penonton yang mengundi di laman web rasmi.

aura 2

Tirai acara kemuncak itu dihoskan oleh Azwan Ismail (Jurucakap Aurawhite) dan Ifa Raziah, Pentas Akhir dibuka dengan video teaser semua para peserta akhir yang telah dihasilkan dalam episod terdahulunya. Kemudian semua finalis memperagakan busana-busana daripada pelajar-Young Designers Arena (YODA). Acara diteruskan dengan sesi soal jawab bagi menguji pengetahuan finalis di samping memaparkan keupayaan mereka untuk berbicara di hadapan penonton.

aura 3

Selepas 60% undian daripada markah yang diberikan oleh para juri profesional dari episod pertama hingga ke acara kemuncak ditambah dengan 40% undian peminat. Fawaa atau Fatin Nabilah seorang pelajar jurusan psikologi berusia 23 tahun dari Damansara telah dinobatkan sebagai Wajah Aurawhite 2015 (Face of Aurawhite 2015).

Dengan kemenangannya, Fawaa membawa pulang kontrak bersama Aurawhite untuk menjadi wakil jurucakap terbaru mereka serta hadiah wang sebanyak RM10 000. Dan peserta lain juga turut menerima Hadiah Sagu hati. Penonton-penonton yang terlepas menyaksikan siri realiti Pencarian Wajah Aurawhite boleh menonton di www.aurawhitetv.com terdapat 10 episode keseluruhan.

Dalam masa yang sama, pengasas syarikat Aura White Global Sdn Bhd, Puan Furyna Azmeer dan Encik Saiful Safwan, mengambil kesempatan membuat pelancaran 3 produk terbaru syarikat mereka iaitu Juicy Fibre, produk detoksifikasi tubuh untuk membersihkan toksin dari tubuh badan serta menurunkan berat badan, Skin Beau kapsul pencerahan kulit untuk mendapatkan kulit putih bersih persis kulit bayi dan Auramen Advance Skincare, produk rawatan wajah khusus untuk lelaki yang menepati dan memenuhi keperluan kulit lelaki.

Turut memberi sokongan kepada acara itu, duta semasa Aurawhite Ayda Jebat, Amyra Rosli, Izzue Islam dan Natasha Hudson hadir dan sempat beramah mesra bersama peminat-peminat dan ahli-ahli media.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk Aurawhite, bolehlah melayari laman web rasmi mereka di www.aurawhite2u.com atau follow facebook dan instagram Aurawhite di @aurawhiteofficial. Boleh juga muat turun applikasi Aurawhite di Google Play.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *