(SEMASA) WASABI RICE WRAP BARU DARI KFC – TIADA YANG SEHEBATNYA!

Spread the love

Pic 3KUALA LUMPUR, 5 JANUARI 2016 – KFC Malaysia memperkenalkan satu lagi edisi baru dalam rangkaian Zinger Rice Wrap dengan menampilkan KFC Wasabi Rice Wrap – hidangan yang sungguh lazat digegarkan lagi dengan kehebatan sos mayo Wasabi!

Pic 2

KFC Wasabi Rice Wrap terdiri daripada dua kepingan fillet Zinger, nasi rumpai laut, sos mayo wasabi yang unik dan menyengat, hirisan timun rangup berserta tomato yang dipotong dadu, dan dibalut dengan tortilla bakar yang menyelerakan.

“KFC mencipta hidangan nasi dalam bentuk wrap yang lengkap dan ringkas, sesuai bagi mereka yang sering kesuntukan masa. KFC Zinger Rice Wrap adalah juadah yang menarik dan enak, mudah dinikmati pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Dengan keunikan rasa sos mayo wasabi, Wasabi Rice Wrap pasti akan memikat selera anda dalam setiap gigitan!” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.

Ling turut menyatakan bahawa produk terbaru ini disasarkan kepada “golongan remaja dan belia bekerjaya yang sentiasa mengikut trend terkini dan gemar untuk mencuba sesuatu yang lain daripada yang lain. Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang memiliki gaya hidup yang sentiasa sibuk.”

Pic 1

Hidangan Rice Wrap yang lazat ini dijual dengan harga RM5.90 (ala’ carte) dan RM8.90 untuk kombo yang mengandungi kentang goreng dan minuman 7Up Lemon Mint yang menyegarkan. Wasabi Rice Wrap ini boleh didapati di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula pada 5 Januari 2016, sementara stok masih ada. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati hidangan hebat ini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *