(SEMASA) WATSONS MALAYSIA MEMPERKENALKAN “GANJARAN RAKSASA”

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 APRIL 2026 – Watsons Malaysia hari ini dengan bangganya memperkenalkan Watsons Ganjaran Raksasa, kempen ganjaran ahli terbesar yang pernah dianjurkan, sekaligus mencipta pencapaian baharu dengan memecahkan rekod Malaysia Book of Records bagi Nilai Ganjaran Tertinggi dalam program kesetiaan di Malaysia, dengan nilai W Rewards berjumlah lebih daripada RM10 juta yang eksklusif untuk para ahlinya.

“Ganjaran Raksasa” melambangkan sesuatu yang besar, selaras dengan komitmen Watsons dalam menghargai komuniti yang semakin berkembang dengan lebih daripada 8 juta ahli Watsons Club di seluruh negara. Teras utama kempen ini adalah W Rewards, yang membolehkan ahli mengumpul dan menebus mata ganjaran untuk penjimatan dalam pelbagai kategori termasuk makanan & minuman, pelancongan, gaya hidup, kesihatan, kecantikan dan banyak lagi. Ini menjadikan Watsons Club bukan sekadar program keahlian, tetapi sebuah platform ganjaran gaya hidup.

“Sejak pelancaran Watsons Club pada tahun 2010, program ini telah berkembang seiring dengan keperluan ahli dan kini menjadi sebuah ekosistem ganjaran gaya hidup. Tahun ini, Watsons Ganjaran Raksasa menghidupkan konsep kesetiaan dengan menawarkan lebih daripada RM10 juta dalam W Rewards merangkumi lebih daripada 150 rakan jenama. Dengan terus memperkukuh ekosistem Watsons Club, kami membina platform ganjaran yang mampan dan meningkatkan penglibatan ahli. Kami juga berbangga sekali lagi mencipta rekod Malaysia Book of Records, sebagai bukti komitmen kami dalam memberi ganjaran kepada ahli secara besar-besaran serta mencipta nilai bersama untuk rakan niaga kami,” kata Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi, Kesihatan & Kecantikan Asia, A.S. Watson Group.

Melalui W Rewards, ahli Watsons menikmati penjimatan eksklusif, mengumpul mata bagi setiap pembelian, dan menebus ganjaran menarik bermula serendah 10 mata Watsons, sekali gus menegaskan komitmen Watsons dalam menawarkan nilai harian yang mudah diakses. Ahli juga boleh memaksimumkan ganjaran dengan menggunakan mata W Rewards sebagai diskaun segera untuk pembelian di kedai dan dalam talian. Produk terpilih juga boleh ditebus terus di kedai dengan mata minimum, memberikan manfaat serta-merta ketika membeli-belah.

Selain ganjaran yang memecah rekod ini, Watsons Malaysia terus mengembangkan program keahlian bagi memenuhi keperluan gaya hidup dan peringkat kehidupan yang berbeza. Berikutan kejayaan inisiatif seperti Watsons 45+ Club dan Watsons Mum’s Club, Watsons kini memperkenalkan Watsons Student Club, yang direka khas untuk pelanggan muda berumur 21 tahun ke bawah. Watsons Student Club menawarkan lebih penjimatan dan ganjaran yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Ahli boleh menikmati 10X mata setiap hari Selasa bagi pembelian pertama, membolehkan pelajar memaksimumkan ganjaran sambil menikmati produk kesihatan dan kecantikan kegemaran mereka.

Tambah Caryn, “Selama 16 tahun, kami terus menambah baik program ini agar kekal relevan kepada ahli pada setiap peringkat kehidupan. Kami amat menghargai kesetiaan pelanggan yang telah bersama kami selama ini, dan Watsons Student Club merupakan langkah untuk mendekati mereka lebih awal serta membina hubungan jangka panjang dengan generasi akan datang.”

Sepanjang tempoh kempen ini, pelanggan boleh mendaftar sebagai ahli baharu* Watsons Club dan menikmati baucar Watsons Brand bernilai RM5, beg edisi terhad “Ganjaran Raksasa”, serta pek kad baucar dalam talian dan luar talian bernilai sehingga RM300. Selain itu, ahli turut menikmati pelbagai keistimewaan seperti 2X mata untuk produk jenama Watsons, 5X mata pada bulan hari lahir, serta keistimewaan One Pass. Ahli juga boleh menikmati tawaran eksklusif seperti tambahan diskaun 10% dari Isnin hingga Rabu bagi promosi dalam talian. Mata Watsons Club boleh dikumpul dan ditebus sebagai nilai tunai untuk pembelian akan datang, di mana setiap 200 mata bersamaan RM1, menjadikan setiap perbelanjaan lebih berbaloi.

Ketahui lebih lanjut di https://www.watsons.com.my/membership

Bagi meraikan pencapaian ini, Watsons Malaysia akan menganjurkan aktiviti khas “Ganjaran Raksasa” dari 14 hingga 19 April 2026, setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Lot 10 Premier Terrace, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pengunjung dan ahli dijemput untuk merasai sendiri ekosistem ganjaran Watsons, di mana ahli Watsons Club boleh bermain permainan menggunakan mata mereka untuk memperoleh ganjaran, serta meneroka tawaran eksklusif W Rewards hanya dengan memuat turun dan menunjukkan aplikasi Watsons.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pelanggan boleh menikmati diskaun 60% untuk produk kedua serta harga eksklusif ahli dari 21 Mac hingga 22 April 2026. Kempen “Ganjaran Raksasa” ini boleh didapati di semua cawangan Watsons di seluruh negara serta melalui aplikasi Watsons.

Layari https://www.watsons.com.my/promo-promotion atau kunjungi cawangan Watsons terdekat anda.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *